Wednesday, September 1, 2010

Demonstrasi Di Indonesia Ialah Perniagaan dan Sumber Cari Rezeki

Pendedahan eksklusif, rupanya demonstrasi, tunjuk perasaan di Jakarta Indonesia ialah satu perniagaan dan kerjaya bagi mencari rezeki. Boleh lah dikatakan menangguk di air yang keruh. Dalam Utusan hari ni melaporkan perkhidmatan
penyediaan peserta demonstrasi yang ditawarkan di kota raya besar ini telah muncul sebagai perniagaan luar biasa serta memberi peluang kepada penganggur meraih pendapatan.


Untuk kes Ganyang Malaysia, Anti Malaysia baru baru ni adalah plan terancang dan dilakukan oleh pihak yg ada agenda politik sendiri yang sanggup mengupah rakyat Indon, penganggur dan mahasiswa untuk tunjuk perasaan di jalanan.

Mungkin dengan membakar bendera Malaysia, dan membaling najis tu mereka akan dapat ganjaran atau upah yang tinggi.

Oleh tu ada saja slogan dan taktik dan tindakan baru mereka untuk terus menghentam Malaysia kerana pihak ni ada plan yang amat terancang dan tersusun.
Rakyat Indon yang menganggur, miskin akan buat apa saja demi wang.

Ikuti pendedahan ni lagi



Siap ada pakej lagi:

Penunjuk perasaan terlatih,
Penunjuk perasaan dengan pengangkutan,
Pemidato dengan sistem bunyi audio lengkap
Sepanduk dan banner slogan.

Bayaran:
Peserta demonstrasi terlatih di sini dikira berdasarkan bayaran untuk sebuah bas kecil yang boleh memuatkan 30 hingga 35 peserta, iaitu antara Rupiah 1.5 juta (RM522) hingga Rupiah 2 juta (RM696).

Untuk setiap aksi, seorang peserta boleh mendapat bayaran antara Rupiah 30,000 (RM10.45) hingga Rupiah 40,000 (RM13.90) dan sebungkus nasi campur. 

Ada pihak lain turut menawarkan peserta demonstrasi berbayar yang tidak terlatih, selain golongan mahasiswa.
Penganggur jugak dilatih sebelum mereka berdemonstrasi supaya tidak kekok nanti nak tunjuk perasaan.
Setiap hari mereka ada plan atau perancangan di tempat mana dan apa yang harus penunjuk perasaan ni kena buat.
Seramai 20 hingga 30 peserta di setiap kampung di kampung-kampung di Jakarta dan peserta itu akan dikumpulkan bila ada pesanan untuk aksi demonstrasi.

Idea mewujudkan perkhidmatan demonstrasi timbul daripada aksi demonstrasi sebenar yang diadakan secara besar-besaran oleh mahasiswa pada era reformasi. Aksi demonstrasi itu kemudian berkembang kepada penggunaan peserta demonstrasi berbayar untuk tujuan tertentu, seperti menjatuhkan pemimpin politik.

Terdapat juga pasukan khas yang diberi latihan berkaitan reka bentuk komputer dan bahasa Inggeris bagi menyediakan sepanduk dan seumpamanya.
sumber-BERNAMA

5 comments:

Iman's Umi said...

Cam bodoh je xde keje g keje hina2 negara org demi duit seploh hinggit...amat bodoh itulah thp mentaliti mereka. Tercalar btl kita smbut Merdeka, mereka dok pijak bakar Jalur Gemilang.

faizalfretless said...

mls nk cakap ape la, klu da bangang tu banganng jugak diorang ni, akal cetek mcm kera jer..

Danial Jaafar 🇲🇾 said...

aku memang dah menduga diorang ni diupah. tapi siap ada pakej terlatih la, pemidato la, wah, memang mantap dan kreatif. sayang salah tempat menggunakan bakat dan potensi yang ada. =/

nuriz said...

negara depa ekonomi tak baik cam kita. depa sanggup buat apa saja.patut depa nampak semangat buat benda ni semua, rupanya dapat duit.

Admin said...

Assalamualaikum...

Ini bukan soal bodoh atau apa sahaja perkataan yg seumpama dengannya... Apabila sesuatu masyarakat yang terlalu miskin atau hidup melara akibat kegawatan ekonomi, maka beginilah jadinya.

Masing2 nak meneruskan kehidupan & sanggup buat apa sahaja utk dptkan duit.Mereka sanggup buat provokasi ke atas Malaysia kerana di negara Indonesia, yg miskin bertambah miskin yg kaya bertambah kaya & semakin meminggirkan bantuan pada yg memerlukan. Di Malaysia, "barah" seperti ini telah menular secara senyap.Bantuan pd org miskin oleh VIP mesti diambil gambar sambil dipegangkan bantuan makanan bersama si miskin, tak sah bantuan tanpa diambil gambar oleh wartawan. Masih ada rakyat miskin disebalik kegahan media massa dengan pelbagai slogan mengampu...

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics