Wednesday, September 1, 2010

Puak Ganyang Malaysia Boikot Produk Malaysia, Henti Melawat Malaysia

Artikel lain:  Demonstrasi Ialah Sumber Pendapatan Di Indon

Ganyang Malaysia masih berterusan dan kali ni ada dua lagi pertubuhan baru yang diberi nama LIRA dan GERAM. GERAM atau Gerakan Anti Malaysia melancarkan boikot produk Malaysia dgn memasukkan anak tikus dalam plastik yang ada patung Upin Ipin.


Lebih kurang 50 orang rakyat Indon berkumpul depan pejabat Petronas melaungkan anti Malaysia dan Ganyang Malaysia cuma kali ni tidak ada insiden baling najis.
kumpulan itu mendesak Kerajaan Indonesia menjadikan Malaysia wilayah ke-34 republik itu jika Kuala Lumpur terus menunjukkan sikap tidak menghormati Indonesia.

GERAM akan melancarkan kempen memboikot produk Malaysia dan berhenti melawat Malaysia.
Kejadian mengusir atau ‘sweeping rakyat Malaysia’ turut berlaku di di daerah Ketapang, Kalimantan Barat.

Dalam kejadian 2 petang Ahad lalu, sekumpulan lima lelaki memakai pelekat di baju dengan tulisan ‘Ganyang Malaysia’ membaling seketul batu besar ke arah seorang jurutera Malaysia yang ketika itu membuka pintu untuk meninjau keadaan selepas mendengar bunyi bising di luar rumahnya


Sumber : Berita Harian


Mungkin banyak lagi pertubuhan dan kempen kempen yang mengarut akan dibuat oleh pihak yg anti Malaysia ni, sampai patung Upin Ipin pun dibenci, memang pihak ni ketandusan idea, hilang punca, pendek akal dan emosi lebih.
Kalau pihak anti Malaysia tak datang melawat ke Malaysia pun tak jadi hal..sebab ramai sangat dah rakyat Indon di sini.
Berapa peratus sangat kumpulan yang anti dengan Malaysia, kumpulan kecil yang diupah oleh pihak tertentu yang cuba nak pecah belahkan hubungan diplomatik.
Malaysia tak akan tergugat dengan kumpulan kecik yang hilang punca ni.

5 comments:

En iLHAM said...

tak paham apa lagi yg puak indon ni nak
kite nak bagi berbilion harta dan wang kat rakyat die yang kerja kat cni
tak penah plak kita benci diorang
tak mengenang budi sungguh

Aku said...

ahaha..
aku setuju tang
"Kalau pihak anti Malaysia tak datang melawat ke Malaysia pun tak jadi hal..sebab ramai sangat dah rakyat Indon di sini"

Hime said...

Malaysia buat apa?takkan nak diam saja..boikot jugak musik, drama dan segalanya yg berkaitan dengan Indonesia

Zasillah Ariffin said...

eiiii...meluatnyer :(

Gayahspears said...

Tidakkah mereka fikir yang mereka itu rugi berbuat sedemikian....

New Entry ProfHariz
Malam Lailatul – Qadar Lebih Baik Daripada Seribu Bulan

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics