Wee Meng Chee atau Namewee hadir ke balai polis untuk beri keterangan tentang video klip yang dibuat olehnya menghentam Kementerian Pelajaran Malaysia dan Siti Inshah Pengetua Sekolah Kulaijaya.
Dengan muka selamba gaya seorang hero konon konon berani kerana benar le ni, dia sempat menyatakan pada pihak media;
"Saya seorang pengarah filem, artis dan ahli muzik tetapi tidak semestinya kalau ada sesuatu yang tidak betul berlaku di negara saya, saya akan berdiam diri kerana saya rakyat Malaysia.
"Saya menyokong anti rasis dan 1Malaysia, jadi saya datang untuk memberi kerjasama kepada pihak polis.
"Saya percaya polis akan menyokong saya, begitu juga seluruh negara. Saya cintakan Malaysia,"
Dia cintakan Malaysia dan sebab tu dia buat lagu Negaraku yang lirik dia sendiri cipta, mempersenda agama Islam, orang puasa, dan percaya yang Malaysia kaya bukan sebab orang Melayu dalam maksud tersiratnya.
Kontra betul cara Namewee ni cintakan negara Malaysia kan?
Dia belajar mana semangat Patriotik ni?dari Taiwan ke dari bawah pokok ceri? Namewee ni pengarah filem ke? Filem apa ye? Filem yang ada skrip mencarut F*** sepanjang cerita ke filem yang ada maki maki kot.
Petikan berita:
Wee Meng Chee atau Namewee malam ini hadir ke Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail di sini, dipercayai untuk memberikan keterangan berhubung video muzik kontroversi terbarunya. Dia tiba bersama peguamnya, Raveen Singh pada pukul 9.20 malam, sebelum memasuki balai dia sempat menegaskan kepada wartawan bahawa dirinya bukan rasis sebaliknya anti rasis serta menyokong gagasan 1Malaysia.
"Saya seorang pengarah filem, artis dan ahli muzik tetapi tidak semestinya kalau ada sesuatu yang tidak betul berlaku di negara saya, saya akan berdiam diri kerana saya rakyat Malaysia.
"Saya menyokong anti rasis dan 1Malaysia, jadi saya datang untuk memberi kerjasama kepada pihak polis.
"Saya percaya polis akan menyokong saya, begitu juga seluruh negara. Saya cintakan Malaysia," katanya.
Seramai empat pegawai polis daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor mengendalikan proses memberi keterangan tersebut.
Sehingga 10.30 malam, dia masih berada di dalam balai untuk memberikan keterangan.
Sumber: Utusan
14 comments:
chill, jangan ikutkan amarah. kita pon jangan lah nak bertut tut jugak. namewee tu merasakan ketidakadilan. pengetua yang mengeluarkan kata-kata racist kepada pelajar cina dan india masih lagi tidak dikenakan siasatan. malah tak banyak diperkatakan di internet.
malam merdeka pulak, sekumpulan pemuda cina dipukul oleh sekumpulan remaja melayu yang suruh diorang balik ke negara asal.
kita jangan terikut sama dalam permainan perkauman ni. kita kan satu negara. cukup2lah dengan prejudis ni.
pendapat aku orang biasa.
pengarah filem tak senonoh..
bila dah kecoh, play save la..
kalau tak, comfirm...
second time..
byk cara lain boleh untuk menyahut perpaduan.. kenapa guna cara negetif?
aku rasa la
ni ni bukan apa
tapi desperate nak jadi glamour
kita bukan prejudis kita ccakap benda yg kita nampak dan dengar sendiri..
kalau tak adil dia rasa dia tak perlu maki mencarut mcm tu
harap2 kalau tindakan diambil ke atas mamat nie tak kuar isu perkauman lak nanti.....
bosan ah ngan mamat nih...
sakit hati je dgn pe'el dia...
dia ni nak cari income dari youtube je tuh...
salam..takleh pakai apa yg dicakapkan mamat nih. ckp x serupa bikin. sygkan malaysia?isk..isk..
namawee2...
nak cakap pape sila pikir dulu ;)
try to be fair and listen from both side of story..
namewee action was inappropriate, but how about the headmistress with the allegation for calling her Indian students as dog?
I'm a malay, and feel free to read my article about this issue at
http://billyuniversal.blogspot.com/2010/09/namewee.html
fair ke tak fair kita tunggu je keputusan mahkamah..artikel ni tak membela cikgu Inshah tu pun, artikel ni pasal namewee kurang ajar..tq for your comment billy.
Actually, I have a doubt:
In fact, we are similar as u all, born after M'sia day. According to the Federal Constitution, those born after M'sia day are categorized as MALAYSIAN.
I don't understand, why M'sia only have Malays, Chinese, Indians? Where are Malaysians? Are we taught by the government policies to divide ourselves into different races instead of being a Malaysian? Isn't this violates the concept of 1 M'sia?
Since we are all Malaysians, why we could still heard words like "Asking Non-Malays to go back to their root country?" I would like to clarify: WE ARE BORN IN MALAYSIA, M'SIA IS OUR ROOT COUNTRY! So, stop voicing racism and discriminative words towards others.
1 MALAYSIA concept aims to generate a single identity for M'sia, i.e.Malaysian, BUT NOT worsen the racial discrimination. If u all said Namewee "kurang ajar", how about those people who ask non-bumi to get lost from M'sia? These people are intentionally to create chaos by destroying the unity of fellow Malaysians, thus they SHOULD BE caught under ISA!
dua dua kurang ajar..adil kan? sapa sapa yang sebut pasalm perkauman patut dihukum..kalau nak kata siti inshah kurang ajar..sila kan..
saya pun musykil dan heran kenapa si namewee ni buat lirik lagu negaraku versi kurang bijak dia tu? azan dan masjid pun dia nak ambil kisah? tu video yang lepas. kenapa ye? namewee sakit kat mana time tu?
Post a Comment