Cerita politik sekejap..huhu!! Pukul 8.00 malam hari Sabtu saya tengok berita kat TV, dan ada isu panas pasal Guan Eng didakwa oleh Pemuda UMNO, sebagai menggunakan duit hasil judi lumba kuda untuk beri sumbangan kepada warga emas di Pulau Pinang.
Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menceritakan yang dia mendapat surat tu dari seseorang yang tak dikenali yang menghantar surat tu ke rumahnya.
Reezal Merican mendakwa surat itu menyebut sumbangan (RM500,000) merupakan ‘baki’ dana yang disalurkan, bermakna kelab berkenaan sudah menyalurkan sejumlah dana lain sebelum ini.
Kepala surat tu tertera Pejabat Ketua Menteri dan penerimaan sumbangan itu yang ditandatangani Setiausaha Sulit kepada Ketua Menteri Lim Guang Eng iaitu Farida Hani M Yacob, bertarikh 9 Julai 2010.
Surat itu dihantar kepada Pengurus Besar dan Setiausaha Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang, Leow Khin Ming, yang menyatakan bahawa kerajaan negeri sudah menerima baki sumbangan berjumlah RM500,000 daripada kelab berkenaan. Isi kandungan surat tersebut jelas bertentangan dengan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh Guan Eng dan pemimpin kerajaan negeri berhubung isu itu.
Guan Eng menafikan dakwaan itu sebaliknya menjelaskan bahawa wang kerajaan negeri yang dinikmati adalah hasil penjimatan melalui prinsip ketelusan yang diamalkan pentadbirannya selama ini.
Reezal Merican akan menulis surat kepada Guan Eng untuk meminta penjelasan dan akan memberi surat itu kepada Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim untuk menyuarakannya.
Perkara ni agak sensitif, kena le siasat sampai jelas semuanya. Rakyat terutama warga emas yang mendapat hasil sumbangan tu sudah pasti ragu-ragu dengan hasil sumber duit tu. Dari mana hasil sumber tu dan halal haramnya? mesti nak kena siasat sehingga jelas.
Benar atau tak surat tu atau ada orang sengaja nak buat fitnah pun kena siasat.
2 comments:
siasat jgn x siasat...
hehehe...
patutnyer siasat dulu betul2 macam kes allayarham sosilawati...baru keluar sekali dgn bukti sah dlm TV...kan?
Post a Comment