Sunday, September 26, 2010

Virus Komputer Stuxnet Serang Iran dan Indonesia

Virus Stuxnet ialah virus paling bahaya yang baru dikesan beberapa bulan lepas. Serangan dari virus Stuxnet ni dikesan paling banyak menyerang di negara Iran, India dan Indonesia. Err..di Malaysia tak ada sebut lagi..mintak mintak Stuxnet tak mai serang Malaysia ye. Kenapa ye Stuxnet serang negara yang huruf pangkalnya I? hehehe agaknya Stuxnet diset suruh serang negara yang ada huruf I je kot.Bukan pakar IT kata, saya yg kata.
Ada pakar pakar IT yang mengganggap negara Iran mudah diserang sebab negara tu tak banyak menggunakan anti- virus. Emm mungkin jugak kot.






Dari apa yg saya baca dalam beberapa laman web yang membuat kajian pasal virus Stuxnet ni, Stuxnet ni adalah dalam kumpulan cacing cacing virus yang menyerang komputer, berasal daripada beberapa nama dalam kumpulan malware - mrxcls.sys, mrxnet.sys dan sebagainya.
Stuxnet ni mudah menyerang melalui USB yang dah dijangkiti.


Serangan Stuxnet


Langkah-langkah pencegahan dan berjaga-jaga, kita perlu sentiasa update anti virus, dan guna le anti Malware.



Sumber dari
blogs.technet.com

8 comments:

Belalang hijau Perisik said...

pc yg d serang virus nih jd mcm mana?
nih yg risau nih

nuriz said...

hehe kalau kena serang pc akan demam berpanjangan dan meragam hehe..tak sure jadi apa kesan secara detail tapi selalunya pc yg diserang akan buat hal..saya tak pandai sgt belalang hehe, secara detail tak tau le pulak kesannya.

Admin said...

Salam sejahtera..

"Tugas" atau kesan yang dibuat oleh virus, cecacing, trojan dan beberapa nama lain yang merujuk perkara yang sama, ditentukan oleh pencipta atau penulis kod-kod aturcara yang terdiri dari pelbagai tahap kemahiran, minat, latarbelakang, warganegara dan fahaman sosial serta politik.

Penulis kod aturcara jahat ini akan sentiasa merekacipta variasi virus atau malware bagi memenuhi hasrat tertentu. Ada sesetengah penulis kod jahat (kod @ aturcara virus) diupah oleh syarikat pengeluar anti virus tertentu bagi membuat onar dalam dunia komputer agar produk anti virus keluaran syarikat ini akan dibeli oleh pengguna komputer. Namun saya tidak dapat pastikan ianya dilakukan oleh syarikat yang mana satu..

Ikut sejarahnya, kod2 ini tidaklah jahat cuma nakal sedikit dan niat asal ianya dicipta utk menunjukkan kemahiran dan ekspresi pengaturcara (penulis kod) terhadap sesuatu yang menarik minatnya. Namun ianya dilihat oleh sesetengah syarikat sebagai "sumber" yang teramat bagus untuk membuat duit. Maka hingga ke hari ini terlahirlah pelbagai jenis dan nama virus.

Admin said...

Sy mengomen lagi (bukan mengomol..)


Di bawah adalah link pada artikel yg baru saya ciptakan sebagai lanjutan pada isu yg diwujudkan oleh pemilik blog ini :

http://smskey.blogspot.com/2010/09/stuxnet-virus-yang-terkini-dan.html

nuriz said...

jadi ada kena mengena dgn negara jugak le ni hehe

nuriz said...

tq cik mat zaki yg selalu je bg penerangn psl virus ni

Admin said...

sama2.. sebab isu ni masuk dalam minat saya, sbb tu sy "selalu" beri komen pd hal berkaitan.

Tapi boleh ke selalu..? Mungkin ada perkara yg berulang2 antara komen2 sy tu.., itupun sbb sy tengok ada juga dari kalangan blogger yg memberi pertanyaan yg sama... dan tiada niat lain selain dari berkongsi pendapat dan apa2 yg sy tahu..

Nasir said...

Cacing ler plak...biarla cacing nie terjun dengan labu-labu nyer!!!!hehehehe

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics