Monday, September 20, 2010

Malware Serang Habis Habisan

 Entri Berkaitan
Salam semua blogger blogger salam 1 Malaysia.
Saya berjalan - jalan seperti biasa , blogwalking le apa lagi..mencari bahan -bahan dan melawat rakan rakan blogger seMalaya.
Post diupdate, 
Malware menyerang website Harian Metro dan Berita Harian Online pulak dahh....!! Tukar tajuk Post pulak.
Makin menjadi-jadi serangan malware ni, tadi saya ada masuk Berita Harian Online tapi ada macam pelik sikit, dan komen dari pembaca post saya tadi, Harian Metro pun kena serang Malware. Apa dah jadi?

Update lagi..kabarnya website yang ada iklan dari Innity diserang Malware (Virus komputer). Mungkin website akhbar tu letak link iklan iklan yang kena Malware kot sebab tu terjangkit Malware.

Kalau ada blog yang letak link ke akhbar -akhbar online , try buang link yang direct ke akhbar online tu.

Ni blog kak Jie (Kujie2.com) yang kena serang Malware jugak..

 






visiting this web site may harm your computer!

 

Huhu malware menyerang.. geng blogger dah tak leh masuk lama dah..tadi ada 2 blog yang saya tak dapat 

masuk, ada warning malware, risau jugak ni, sat lagi malware serang blog ni..huhu naya!!

Tak dapat le saya nak baca lagi kat blog Kak Jie..harap -harap blog Kak Jie ok balik nanti. 

Apa nak buat kalau kena serang malware?

Dulu Geng Blogger kena serang, sesiapa yang meletakkan banner Geng Blogger diharap dapat dibuang sebab takut malware menjangkit ke blog korang.

Kalau nak letak jugak imej Geng blogger tu, imej tu harus di hosting di web page lain dan bukan direct dari Geng blogger tu sendiri.

Sekiranya malware tu berpunca dari hosting blog sendiri maka kena le dapatkan bantuan dari pihak support  hosting tu ATAU pun anda scan sendiri hosting website anda. Begitu le sikit sebanyak yang saya paham.

Website yang self hosted maybe tahu cara scan hosting sendiri, saya nak cerita lebih saya pun takda hosting sendiri lagi heheh..hanya tumpang dgn blogspot lagi. Sekadar tu je saya boleh cerita.

Inilah cabaran dalam dunia blogging.



 

 

20 comments:

ENCIK TIKUS said...

itula. kekadang ada jugak blog lain yang kena. ish.

Unknown said...

ada terbaca malware akan serang blog yang pakai pengiklanan dari innity. takut gak ni, mujur ieda dah tak pakai innity ;p

Anonymous said...

Hari ini diistiharkan hari hack malware semalaysia..kah kah kah..

sekarang hhmetro.com.my lak jadi mangsa..hahaha

nuriz said...

wahh serius ni..kena serang habis habisan ke huhu

Danial Jaafar 🇲🇾 said...

utusan pon tak bleh gak. semalam nak baca link yang member bagi, cantik elok je keluar warning malware malware..aishh

aSmiDar said...

tu la..bnyak blog kena..
sebab ade link hmetro ngan berita harian..mogok ke hape ni..huhuhuh

Cikpuan Qiqi said...

tapi sebab ape kena serang..qiqi nk bkk blog sndri pon problem...malware 2 ape...sory le sbb qiqi nie xpkar sgt pasal menatang alah nie

CPFZ said...

hr ni rajen nak blogwalking,
tetibe ade 2-3 blog malware detected..
mntak2 la tak kena kt blog sendri,
huhu..bahaye2..

nosembilanbelas said...

jenuh dok mengelakkan malware hari ini..penat dok buang...blog yang ada dalam blog akak nie..

Belalang hijau Perisik said...

ariff shah pun dah naik malware warning...
td bnyk blog yg belalang xleh masuk...
ni yg rase seram nih...
nuriz klu kita kene malware ape yg nak kene buat?
citer sket...belalang zero la pasal benda alah malware nih...
hee

Lagenda said...

betul..mak pun kelaut gak benda2 cenggini. Amik galak tolong jolokkan buah cempedak diluar pagar..

akiss. said...

btul la nuriz. blog kite pun kena. cmne kah nk buang malware segala ni ;(

Admin said...

Assalamualaikum..,

Malware adalah istilah yang termasuk dalam kategori virus komputer. Samalah juga dgn istilah cecacing, trojan dan lain2. Virus komputer tak sama macam virus yg serang kehidupan manusia, haiwan atau tumbuhan.

Virus komputer dibuat oleh pakar2 komputer dalam bidang pengaturcaraan komputer iaitu menggunakan kod2 tertentu (bahasa komputer) untuk melaksanakan kehendak penciptanya. Dan salah satu dari hasilnya adalah seperti masalah yg ditimbulkan oleh malware yang boleh merosakkan/mengganggu komputer dan sambungan internet. Tetapi tidak semestinya mereka ini "hacker's".

Selain dari buang pautan pada laman web / blog yang kena serangan / amaran malware, jangan klik pada laman web yang ada beri amaran "This site may harm your computer".

Dan klu nak tahu sama ada laman web / blog tu selamat atau tak, sebelum masuk ke mana2 laman web atau blog, taipkan alamat web / blog tersebut pada ejin carian Google dan tekan butang search. Kalau takde sebarang amaran, maknanya selamatlah klu kita nak masuk ke sana...

Portal pendidikan utusan pun kena malware...

Agaknya malware ni gangguan dari Pengaturcara komputer (ataupun hacker) dari Indonesia. Kan sekarang tgh berkonfrantasi dgn negara kita.. 5, 10 tahun dulu pun mcm ni juga diaorg buat.

Admin said...

Kemungkinan juga malware dah masuk atau berselindung disebalik kod-kod widget yang kita semua letak dalam blog.

Try scan sambungan link laman web / blog dengan anti virus yang sudah di update maklumatnya...Pastikan anti virus itu mempunyai fungsi ini.

Danial Jaafar 🇲🇾 said...

dengar cerita dari tuan punya blog selangor2u.com, ni semua sebab blog2 yang ada malware ni ada iklan dari innity. makes sense la. dia dah hantar email kat admin innity. tengok dan lihat la mcam mana. huhu..banyak blog tak dapat baca! aishh

nuriz said...

ahmad zaki, terima kasih atas penerangan yg agak detail tu :)

Admin said...

Iklan dari Innity hanya merupakan salah satu laluan malware.

Dan juga ada kemungkinan kod-kod aturcara yg dicipta utk tujuan yg negatif telah menyusup masuk ke dalam iklan tersebut.

Selalunya apabila ada suatu keghairahan melanda pengguna internet seperti muat turun lagu, video, gambar atau perisian komputer, para pencipta malware @ virus akan mengambil peluang... dan sekarang ini pengiklanan dalam laman web & blog pula menjadi mangsa.

Walaupun teknik ini telah lama wujud, namun dgn fenomena pengiklanan blog yg melanda pengguna internet, maka ianya menjadi medan untuk menyebarkan malware @ virus dengan lebih meluas..

nuriz said...

macam mana agaknya kalau nuffnang diserang huhu lagi haru biru ni..

De'din said...

huh..
blog gua pon diserang juga..
tpi dikaitkan dengan www.___co.cc
ianya juga terkena tempias selain innty dan geng blogger

Cahayamylife said...

hmm..tak pernah tau pasal innity

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics