Sultan Azlan Shah mencipta sejarah selaku sultan pertama menggunakan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dari Kuala Lumpur ke Ipoh, semalam.
Orang Ipoh dah naik ETS ke belum? heheh naik le cepat, laju dan menjimatkan tak macam bas. Kalau nak baca pasal ETS boleh baca kat post saya terdahulu ye.
Sultan Azlan Shah naik ETS
Keberangkatan baginda yang turut diiringi Raja Permaisuri Tuanku Bainun dan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria nyata menarik perhatian rakyat jelata di Stesen Kereta Api Kuala Lumpur dan Stesen Kereta Api Ipoh yang turut mengambil kesempatan merakamkan wajah dan bersalaman dengan baginda berdua.
Sultan Azlan Shah mencemar duli dengan hanya duduk di gerabak biasa menyifatkan perjalanan selama dua jam itu sebagai perjalanan yang bagus.
Sultan Azlan duduk kat gerabak biasa? Wahh!! ni le dikatakan Sultan berjiwa rakyat walaupun baginda berhak dilayan di tempat istimewa tapi baginda memilih nak duduk tempat biasa. Memang hari ini dalam sejarah le. Sultan Azlan dah puji ETS memang bagus..so tunggu apa lagi :)
Sumber: Utusan
4 comments:
nak rase ape yg rakyat rase,
kene la cuba lalui ape yg rakyat lalui...betul x?
Wah! Daulat Tuanku! :D
bukan betul, tapi tepat.
daulat tuanku!
Post a Comment