Tuesday, October 26, 2010

Ahmad Idham Jawab Isu Nasi Lemak 50 Sen

Banyak di media media dan forum, mengkritik filem baru arahan Ahmad Idham, dan paling panas ialah isu dialog nasi lemak 50 sen yang diucapkan oleh Farid Kamil kepada Nora Danish, tentu korang pun paham apa maknanya tu. Ada lagi bebarapa babak yang kurang disenangi dalam filem tu yang dikatakan mengeksploitasi wanita.

Ramai ibu bapa tak tau nak jawab apabila anak mereka tanya apa tu nasi lemak 50 sen. Mungkin ibu ibu nak jawab nasi lemak di kantin sekolah ke yg 50 sen tu? Filem Remp-It yang dulu pun ada jugak adegan yang teruk teruk, dialog yang tak senonoh pun ada..emm adakah ni cara pengarah mempromosi filem depa?

Promosi tu sendiri yang fokus kepada dialog nasi lemak 50 sen..so orang dah pandang benda negatif dlm filem tu..siapa salah sekarang?
Jika nak banding dgn filem Remp-It dulu lagi teruk dialog dan lucahnya, tapi orang pun dah lupa kot pasal filem tu.


Hari ni Ahmad Idham jawab kritikan pembaca di Utusan :



Pengarah prolifik, Ahmad Idham Ahmad Nazri, sedikit pun tidak melenting tatkala beberapa filem arahannya mendapat kritikan hebat, termasuklah daripada pembaca menerusi ruangan Forum Utusan Malaysia hari ini.
Pengarah yang juga merupakan pelakon popular itu menyifatkan, kritikan itu timbul disebabkan adanya individu yang tidak berpuas hati dengan kejayaan yang dicapainya hari ini.

Ketika dihubungi, Ahmad Idham memberitahu, isu eksploitasi wanita tidak timbul kerana apa yang ditunjukkan dalam adegan filem arahannya adalah mengikut kehendak skrip yang diterimanya.
“Saya percaya, kritikan itu ditimbulkan oleh pihak yang ingin mencemarkan nama baik saya. Saya juga yakin, individu yang mengkritik itu merupakan orang yang bergiat aktif dalam industri perfileman negara ini,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Pengarah filem Jangan Pandang Belakang Congkak 2 (JPBC2) itu berkata demikian bagi menjawab surat pembaca Utusan Malaysia hari ini yang mendakwa filem-filem arahan beliau sebagai karya yang rendah nilai akhlaknya.
“Dalam surat itu, pembaca tersebut ada menyentuh bab-bab teknikal secara teliti yang menurut fikiran saya, ia hanya diketahui oleh para penggiat seni, sama seperti saya.

“Sekiranya penonton, mereka tidak akan menyentuh isu teknikal. Mereka cuma tahu, sesebuah filem itu menarik untuk ditonton atau sebaliknya.
“Jika karya saya selama ini boleh mengundang unsur-unsur negatif, kenapa baru sekarang ia perlu dipersoalkan, kenapa bukan dari dahulu lagi,” ujarnya.
Bagaimanapun Ahmad Idham memberitahu, seandainya surat kritikan itu benar-benar ditulis oleh penonton, ia adalah ekspresi seorang peminat filem yang kurang bijak dan matang.


Statement last sekali tu Ahmad Idham kata, sapa yang kritik filem dia tu mungkin orang yg kurang bijak dan kurang matang... baiknyer punya statement ek?
Matang macam mana tu? menerima kata kata usikan dari seorang lelaki kepada perempuan atau menerima sebagai lumrah perempuan tu objek seks ke baru dikatakan matang?

Sapa yang puji melambung filem dia mungkin dia akan kata peminat filem amat bijak menilai filem dia kot...

21 comments:

Unknown said...

macam kontrovesi sekarang... mungkinkah utk melariskan filem.. haiii

ENCIK TIKUS said...

keh keh keh

AngahSayang2314 said...

tue la mana yg paham maksud 50sen paham la mana yg tak paham ermm susah nak terang kan????

nuriz said...

encik tikus..apa yg awk gelak huhu

nuriz said...

kanak2 mesti ditemani bu bapa bila tgk cerita ni atau tak payah tgk terus

Cikpuan Qiqi said...

bagi qiqi...xyh le bg bdk2 tgk cite2 cmni..kang mak bapak gk ssh k mjawab soklan2 dari ank2 ni.huhu

hani said...

penat mak ayah nak terangkan..he3..

Admin said...

Assalamualaikum...

Pandangan saya, jika Farid Kamil hanya mengungkapkan dialog "nasi lemak 50 sen" dan Nora Danish tidak membuat apa2 "reaksi fizikal" apabila mendengarnya, kemungkinan maksud tersirat tu tidak ketara sangat.

Mungkin jika filem2 yg diterbitkan ingin menggunakan dialog "double meaning", pihak berwajib perlu meng klasifikasikan ia dalam kumpulan filem tertentu agar rakyat tahu mana yang sesuai ditonton oleh seisi keluarga atau sebaliknya...

ghost said...

semalam aku dah komen pasal isu nie.Bagi aku terpulang kat kita macamna nak terangkan tentang dialog tuh kat budak2 atau anak2 kita.bagi yang dewasa anggap jer cuma humor.bukan luak pon.

nuriz said...

pengarah suruh buat macam tu pelakon buat jugak le, pengarah kata dia ikut skrip..pengarah dgn penulis skrip sama2 2 kali 5

ummi iman said...

macam2 kan sekarang ni..urmm..ummi nak komen lebih tak leh gaks..ummi tak tgk pon citer ni..sejak ada si kecik ni tak jejak kaki ke panggung dah...

Belalang hijau Perisik said...

klu nak promsi pun amik la bahagian lain dari filem tue...

yg p amik part dia cakap mcm tue sapa suruh. dah tue tv taynag iklan tue smpi 5 6 kali sehari smpi org leh hafal...

aparra...

XYZ said...

tu yg nt ayt2 cm tu la jd usikan utk pompuan adoiyaiii

Rina Rossoneri said...

sebenarnya ayat tu tak ada masalah yang hendak dijadikan kontroversi pun..TAPI, kena klasifikasikan filem tu 18 ke atas...dan babak tersebut tak sepatutnya dipamerkan dalam iklan.

tiefazatie said...

erm..ntah la..mungkin cara utk naikkan rating kot..

nuriz said...

banyak kata kata double meaning ni dalam drama ataupun filem, sebab tak luak le depa buleh buat sesuka hati..

pompuan pun pakai mcm tu nak tunjuk le kat orang sebab tak luak kan..

Ellen said...

tak tau nak komen apa..yang ellen tau.nak g tgk ni..hahaa

Unknown said...

gimik sah2 citer tu tak sedap hehe

UNICHI YJ said...

ni saje nk wt kontrovesi,nk lariskan pilem depa la ni.

ardinihumaira said...

nasi lemak kat umah dni 1.50 sebungkus... ehhh ehhh... :p <--buat2 tak paham hehe...

Anonymous said...

ya Allah..andai tujuan filem2 ini dibuat untuk memperbaiki masalah2 yang berlaku sekarang maka Kau rahmatilah mereka..namun andai mereka2 ini yang akan menjadi punca turunnya murkaMu di tanah air kami ini, maka perkenankan permintaan kami moga segala2 Kau pelihara dengan caraMu..sekalipun cara2 itu mungkin menderitakan sebahagian dari kami..wahai Tuhan..Engkaulah sebaik2 tempat kami meminta dikala tiada manusia lagi yang mampu menghalang mereka..bantu kami ya Allah...

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics