Elfira Loy, pelakon remaja yang semakin popular ni semakin cantik manis, dia lebih popular dalam drama di astro pada bulan Ramadhan iaitu Qalesya. Dalam drama Syurgamu Ramadhan pun boleh tahan jugak lakonan dia. Pandai bawa watak sedih nangis-nangis. Sekali tengok mesti ingat dia adik kepada Fiza Elite sebab muka dia iras iras Fiza elite tu. Elfira ni kacukan Arab dan Cina, ada seorang adik lelaki yang berlakon jugak, tengok muka memang sama kan.
Sekarang Elfira Loy dah semakin remaja, semakin menyerlah jelitanya, dia antara pelakon yang mula berlakon dari zaman kanak-kanak, seperti pelakon Liyana Jasmay yang kini berjaya dan berbakat besar, tapi tak lupa pada pelajaran.
"Saya akui beberapa kali gagal menghadiri kelas dan mengikut aktiviti kokurikulum sekolah namun itu tidak bermakna saya mempunyai masalah disiplin atau mengutamakan soal lakonan berbanding pelajaran. Sebaliknya saya sentiasa ditemani buku-buku kerja, bahan rujukan dan material sekolah ketika di lokasi penggambaran. Jika ada waktu terluang atau ketika di mekap, saya akan mencuri masa untuk mengulangkaji pelajaran".
Biodata Elfira Loy: