Setelah digemparkan dengan berita penceraiannya sejak Ogos yang lalu, penyampai radio terkenal, Raja Azura hari ini melalui sebuah akhbar tempatan telah disahkan bercerai talak satu melalui satu prosiding tertutup pada 28 September lalu.
Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin, 38, atau lebih dikenali sebagai Kak Engku, disahkan bercerai dengan suaminya, Adzmin Tans Sri Osman, 37, di sebuah Mahkamah Syariah di Selangor, pada tarikh berkenaan dan ia dilaksanakan dalam prosiding tertutup atas permintaan pasangan itu.
Penjelasan Kak Engku Tentang Isu Cerai
Video Raja Azura Nafi Bercerai
"Kak Engku dan Adzmin tidak mahu perkara ini diheboh-hebohkan. Rumah tangga mereka sudah gagal diselamatkan selepas masing-masing cuba mendapatkan khidmat kaunseling namun segalanya gagal. Jadi mereka mengambil keputusan berpisah secara baik dan menerima hakikat sudah tiada jodoh," kata sumber akhbar berkenaan.
Pada 6 Ogos lalu, Kak Engku yang juga seorang pelakon dan pengacara TV telah mengadakan sidang media tergempar untuk menjelaskan khabar angin menyatakan rumah tangganya bergolak, sekali gus turut menjelaskan kehadirannnya di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam bersama Adzmin pada 3 Ogos lalu.
Kak Engku turut menegaskan pada sidang media itu bahawa kunjungannya ke mahkamah tiada kena mengena dengan isu memfailkan permohonan cerai seperti yang hangat diperkatakan sebaliknya hanya sekadar mendapat khidmat kaunseling demi menyelamatkan rumah tangga mereka.
Kak Engku berkahwin dengan Adzmin yang juga anak bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Arof, pada 10 Mac 2001. Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, Megat Muhammad Raziq, 8, Megat Luqman Hakim, 7, serta Puteri Mia Maizurah, 4.
Sumber akhbar berkenaan turut menambah, meskipun Kak Engku amat bersedih dengan perceraiannya, namun rutin harian sebagai penyampai radio tetap diteruskan termasuk pelbagai jemputan sebagai pengacara TV dan majlis rasmi.
Tiada khabar lanjut dinyatakan sama ada perceraian pasangan itu adalah disebabkan kehadiran pihak ketiga kerana menurut sumber berkenaan, Kak Engku tidak akan sekali-kali mendedahkan aib sesiapa termasuk suaminya.
Kak Engku dalam kenyataan sebelum ini mengaku dia dan Adzmin berkahwin atas dasar cinta sama cinta. Kali terakhir mereka dilihat bersama ialah ketika pulang beraya di Alor Setar, Kedah, pada 10 September lalu.
Apa nak buat jodoh dah sampai setakat tu je kan, kita merancang, selebihnya Dia yang menentukan..
Sumber: Murai.com.my
5 comments:
sedihnyaa..tak suka perpisahan tapi setiap yang berlaku ada hikmahnya..
pe nak buat dah jodoh setakat tu kan..ada le hikmahnya tu
terkejut angah dengar berita nie di surat khabar pagi tadii...
jodoh tk panjang...
sedih dgr cite peceraian2 ni...pernah mengalami betapa siksanye peceraian ni
Post a Comment