Wednesday, October 6, 2010

Siaran Langsung Perkahwinan Angkasawan Negara Sheikh Muzaphar Shukor di TV3

 UPDATE: Gambar Pernikahan Sheikh Muzafar Shukor
Gambar hantaran perkahwinan dan kek Roket Soyuz
Kisah perkenalan dan biodata DR Halina

Nantikan detik detik bersejarah gilang gemilang siaran langsung majlis perkahwinan Sheikh Muzaphar Shukor, Angkasawan Negara di TV3, Ahad ni. Dalam rancangan Nona jam 2 petang, anda dapat saksikan secara live majlis wedding of the year ni pada tarikh 10.10.2010. Fuhh! cantek tarikh tu. "Hari ni dalam sejarah" le nanti.

Seramai 10,000 jemputan dan dilengkapi hiasan besar-besaran lagi nak habaq mai..dasat tak dasat ni. Lama dah persiapan duk buat kan nak buat wedding of the year. Sheikh Muzaphar dengan Dr Harlina bertunang pada I Januari 2010. Tarikh tunang pun baguih, awal tahun lagi..hehehe!! pandai pilih tarikh betui le angkasawan kita ni.





Dalam rancangan Nona tu nanti TV3 dah tentu akan tunjuk semua yg duk ada di belakang tabir ,  persediaan dan proses perancangan majlis gilang-gemilang ni. Bermula daripada hari pertunangan yang bertempat di Hotel Allson Klana, Seremban, Negeri Sembilan Januari lalu.
Lepaih tu pulak nak tunjuk lagi kat penonton dan peminat setia yang ribu riban duk minat kat Sheikh Muzaffar ni, sesi  majlis akad nikah yang akan diadakan di Masjid ‘Besi’ Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya bermula jam 11.00 pagi.

Jadi hampa semua ikut la duk la depan tv tu tengok secara live, teringat le pulak masa majlis perkahwinan gilang gemilang Datuk Siti dan Datuk K pada tahun 2006 dulu tu.
Jangan lepas peluang tengok laporan eksklusif  dari crew Nona yang ada di sekitar majlis pernikahan di TV3 hanya beberapa jam selepas angkasawan pertama Negara sah bergelar suami.

Tak habis tang tu lagi nooo.. sambung pulak lepaih Buletin Utama TV3 ada lagi majlis resepsi persandingan Dr Sheikh Muzaphar dengan Dr Harlina bermula jam 9.00 malam hingga 11.00 malam. Pengacara hebat ialah Mahazir Lokman, Ahmad Fedtri Yahya dan Nurul Shuhada ada sana.

Baca lagi petikan berita ni :


Sheikh Muzafar naik ke angkasa pakai payung pulak

Segmen petang yang dibawakan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa, Putrajaya (PICC) adalah penceritaan menarik dan kenangan manis kisah cinta romantis Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor yang akhirnya bertemu jodoh dengan pasangan yang dikasihi, Dr Harlina Mohd Yunos.

Kenali kedua mempelai menerusi laporan Fiza yang turut memuatkan profil individu dan senarai pencapaian dan kejayaan yang pernah diperolehi masing-masing. Uniknya, penonton juga berpeluang berkongsi keseronokan dan detik bahagia kedua pasangan dengan mengikuti cerita menarik di sebalik persiapan menjelang hari perkahwinan termasuklah pilihan busana di hari pernikahan dan majlis persandingan yang turut melibatkan beberapa pereka fesyen tempatan yang terkenal seperti Putra Cosry, Datuk Bernard Chandran dan ramai lagi.


Macam dekat planet lain je ni..heheh planet mana ni ye?

Menampilkan Ahmad Fedtri Yahya dan Nurul Syuhada sebagai pengantara majlis, ikuti laporan eksklusif mereka bermula jam 9.00 malam hingga 10.00 malam. Bermula daripada susunan aturcara majlis yang diterajui oleh Dato’ Mahadzir Lokman, nantikan ketibaan pengantin di dewan yang dihiasi indah berkonsepkan ‘istana kayangan’ dan diiringi oleh paluan kompang, gurindam, bunyian orkestra dan juga selawat dan marhaban ke atas nabi Muhammad S.A.W.

Majlis persandingan turut memaparkan istiadat menepung tawar oleh kedua belah pihak keluarga dan juga barisan tetamu jemputan khas yang turut memeriahkan lagi majlis seperti Perdana Menteri Malaysia dan isteri iaitu Dato’ Sri Haji Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor dan ramai lagi.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan acara makan beradap pengantin di mana ketika ini mereka bukan sahaja disajikan dengan juadah yang enak malah turut dihiburkan dengan persembahan istimewa daripada artis tanahair tersohor diikuti dengan majlis memotong kek oleh kedua pengantin sebelum majlis ‘wedding of the year’ ini melabuhkan tirainya.

Sumber: tv3, gambar dr candid syndrome

4 comments:

Solihin Zubir said...

sweetnya gambaq2 tu.. pandai btoi depa edit..

Zasillah Ariffin said...

adeiii..memang 1st class...hebak2!!

Mel said...

OMG OMG. Nak tengokkkk! Wedding of the decade! :D

BabiesMom said...

ambio meriah toi.

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics