Satu rancangan baru di TV3 Cerita Cinta, semalam saya sempat tengok ulangan cerita cinta yang memaparkan kisah perkahwinan, persiapan perkahwinan bagi pasangan Dr Sheikh Muzafar dan Dr Halina. Rancangan Cerita Cinta ni dah masuk episod 3. Boleh tengok setiap hari Rabu jam 11.30 pagi Tv3. Kalau nak tengok ulangan rancangan tu kat ntv7 pukul 7.30 malam, Khamis.
Boleh jugak nak tengok online kat laman web tonton.com.my, dengan syarat mendaftar dulu, sebelum boleh log in. Mudah je. Lepas tu search dekat channel TV3 , Cari le Cerita Cinta. Lepas tu pilih le episod berapa nak..tapi sekarang ada 3 episod je dulu hehe!!
Antara pasangan selebriti yang mendapat perhatian umum dari saat mereka berkenalan, bercinta sehingga
berkahwin termasuk Dato’ Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa (Datuk K), Datin Paduka Umie Aida dan Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan, Hunny Madu dan Khairul Azhar Wahid, Jasmine Abu Bakar dan Zan Azlee, Siti Hasfizza Aswaty dan Afief Farhan Fauzi, Belinda Chee dan Joe Eng Yeow, Erra Fazira dan Engku Emran Engku Zainal Abidin serta Serina Redzuawan dan Salahuddin Ghafar.
Episod yang baru ni ialah tentang perkahwinan Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al-Masrie, angkasawan negara yang baru saja melangsungkan perkahwinan beliau bersama Dr. Halina Yunos pada 10 Oktober 2010.
5 comments:
tak rasa terkilan ke kalo hari bahgia kite diselangi ngan berita kematian yang amat mengejutkan??/
kematian siapa tu?
Salam.
kan..1010 macam2 hal:)
oo kematian paling dasat tragedi simpang ampat tu kot yg dimaksudkn..
nak buat mcm mana dah takdir macam tu, perkahwinan depa dah dirancang awal...ketentuan Allah kita tak tau,
hidup mesti diteruskan.. bersedih bersimpati memang le patut..
Mana kita tau org yg kahwin hari tu depa tak simpati psl kejadian tu?
seronoknya kisah cinta mereka berdua ni ;)
Post a Comment