Semalam saya ada baca berita pasal pelajar Malaysia jurusan perubatan yg meninggal di Bandung, tapi belum dapat berita penuh tentang punca kematian, hari ni baru Berita harian laporkan sedikit sebanyak punca kematian Inani Zalikha tu.
Inani Zalikha (2 dari kiri berdiri)
Baca berita penuh:
Seorang pelajar Malaysia jurusan perubatan Universiti Padjadjaran Bandung, Indonesia ditemui mati rakan serumahnya dipercayai kerana mengalami sesak nafas, pagi semalam.
Inani Zalikha Zainal Abidin, 23, pelajar tahun empat yang sedang menjalani latihan amali di Hospital Bandung ditemui di lantai rumah sewanya selepas selesai mengerjakan solat Subuh, kira-kira jam 5 pagi.
Seorang pelajar Malaysia jurusan perubatan Universiti Padjadjaran Bandung, Indonesia ditemui mati rakan serumahnya dipercayai kerana mengalami sesak nafas, pagi semalam.
Inani Zalikha Zainal Abidin, 23, pelajar tahun empat yang sedang menjalani latihan amali di Hospital Bandung ditemui di lantai rumah sewanya selepas selesai mengerjakan solat Subuh, kira-kira jam 5 pagi.
Difahamkan, pelajar berperwatakan lembut itu mengadu mengalami kesakitan di perut dan belakang badan menerusi laman sosial, Facebook miliknya, pada sebelah malam sebelum dia ditemui terbaring, pagi semalam.
Abang sulung Inani, Izzudin Zainal Abidin, 24, mendakwa beliau sempat bersembang dengan adik menerusi Facebook, pada jam 11 malam, kelmarin malah anak kedua daripada lima beradik itu tidak menunjukkan sebarang petanda akan meninggal.
“Kami bertanya khabar mengenai kesihatan masing-masing dan dia memberitahu dalam keadaan baik cuma mengalami kesakitan belakang mungkin kerana penat menyiapkan laporan tugasan selain melahirkan rasa rindu kepada keluarga.
“Saya dan ibu menerima berita kematiannya pada jam 7 pagi tadi (semalam) apabila dihubungi rakan serumahnya dan ia sememangnya mengejutkan kami berdua sebelum ibu bergegas ke Bandung bagi menguruskan urusan membawa pulang jenazah,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Bukit Antarabangsa di sini, semalam.
Izzudin berkata, bapanya bekerja di Papua New Guinea sejak dua tahun lalu sebagai Jurutera Telekomunikasi dalam perjalanan pulang ke tanah air sebaik dimaklumkan berhubung kematian anaknya itu.
Jenazah dijangka tiba hari ini dan majlis pengebumiannya akan disempurnakan di Tanah Perkuburan Kampung Pasir, Ampang di sini.
Sementara itu, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, berkata Wisma Putra melalui kedutaannya di republik itu akan mengambil langkah sewajarnya selain meminta semua pihak tidak membuat spekulasi liar berhubung punca kematian pelajar itu.
14 comments:
tazkirah buat keluarga arwah..
New Entry "Tips menjadikan template mesra SEO – part 1"
salam,
nanti minta tolong tukar link sya yg lama ke yg baru yea..tq..
|| Rumah Ku Syurga Ku ||
url lama : syamila02.blogspot.com
url baru : syamilamohd.com
ok terbaik
saya sudah tidak nampak di manakah shoutmix widget :-)
kesian arwah.huhu..
takziah kpada kuarga beliau
smoga rohnya tenang
innalillah..
mula2 tu tekejut beruk gak sbb nama arwah nk dekat2 dgn nama blogger trkenal tu...
p/s:nuriz,sy dah kidnap banner nuriz..exchange k? ;)
Takziah untuk keluarga Inani...ellen ada buat n3 pasal ni awal pagi tadi tapi blm tahu sebab2 kematian..Thx for d info sis..
takziah kpd keluarga arwah...
takziah utk keluarga arwah~~
tq nuriz... :-)
takziah buat keluarwa arwah..
takziah
innalillah...
hmmm, tu la, hosp sana isytihar kematian mengejut....
takziah tuk famili Allahyarhamah....
Post a Comment