Friday, October 22, 2010

Adik Terbunuh Berebut Saluran TV di Kuantan Pahang

Hanya kerana berebut saluran tv, seorang dari 3 adik beradik terbunuh. Seorang pelajar berusia 14 tahun terbunuh kerana terkena kaca tingkap rumah yang dibaling oleh kakaknya berusia 16 tahun. Dalam berita petang tadi di TV1, sempat saya tengok sekejap.
Mangsa yang berusia 14 tahun tu mula-mula bergaduh berebut saluran tv dengan adiknya berusia 5 tahun. Tragedi ni berlaku di Kuantan, Pahang, nama tempat tu kalau tak silap Balok Baru. Masa kejadian tu berlaku, ibu bapa mereka tidak ada di rumah.

 Berita Update:


Gara-gara berebutkan alat kawalan jauh televisyen dengan adik, seorang pelajar lelaki Maahad Tahfiz Batu 4 di sini terbunuh selepas bergaduh dengan kakaknya di Taman Balok Baru di sini, 4.30 petang semalam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Supt Mohd Haris Daud berkata, sebelum kejadian, mangsa, Naili Nafiz Zakaria, 14, dipercayai bertengkar dengan adik perempuannya berusia 5 tahun yang berebut mahu menonton siaran pilihan masing-masing di televisyen.

Kakak mangsa yang melihat pertengkaran itu dikatakan segera campur tangan. Kakak mangsa menampar pipi hingga membuatkan mangsa berang. Pergaduhan mereka berlarutan hingga ke luar rumah, kakak mangsa  mengacah-acah untuk membaling serpihan kaca tingkap yang terdapat di depan pintu kepada mangsa.

Serpihan kaca berkenaan tiba-tiba terlepas dari tangan dan terkena paha kanan mangsa yang menyebabkan berlaku pendarahan yang banyak.
Mangsa kemudiannya dibawa ke Klinik Balok di sini oleh jirannya sebelum disahkan meninggal dunia pada 5.40 petang ketika sedang mendapatkan rawatan. Ketika kejadian, ibu bapa mangsa tiada di rumah.

Datuk mangsa, Abdul Rauf Salleh, berkata ketika kejadian hanya tiga beradik itu di rumah kerana ibu mereka, Noranita, 37, menunaikan solat Asar di surau, manakala bapa berada di tempat kerja.

Ketika pulang, Noranita mendapati Muhammad Naili terbaring berlumuran darah dan arwah sempat meminta halalkan makan minumnya,” katanya.

Jenazah Muhammad Naili dikebumikan jam 9 pagi semalam di Tanah Perkuburan Islam Balok, di sini.




Alahai..kerana saluran tv saja, boleh terbunuh. Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya..pasai apa jadi lagu ni tak tau le..pasal tengok cerita ganas kat tv ke apa, tiru adegan ganas kot..

sumber : Bernama

12 comments:

CPFZ said...

manusia camni pun ade?
brgaduh sbb kecik aje pun..

Belalang hijau Perisik said...

mak aih...
sampai mcm tue skali...
mcm2 la skrg nih

Izan Ishak said...

makin risau plak tgk berita skrg ni... gaduh2 adik beradik pun sampai boleh maut ~~

Anonymous said...

Perempuan zaman sekarang mana hormat adik adik dia..perangai pun teruk.samseng..
talam 2 muka...

Nasir said...

nie kira kes bunuh ke apa nie..??huhu

Amir Izzat said...

aduhai..mcm2..mak bapak tak tgk ke? aduhai. sebab itu la kena ajar anak2 supaya tidak taksub dgn tv..inilah jdnya

Solihin Zubir said...

sy pon suka berebut remote ngan adik2 gak.. ahaha...

nuriz said...

bukan kes bunuh kot, sebab dalam berita kata, kaca tu diaca-acah dan jatuh secara tak sengaja

Ummi Hanie said...

musti 'pmbunuh' tu trauma x sudah kann...haishh..

p/s:thnx 4 the banner matter ;)

Anonymous said...

adess..adik beradik?
semacam ini pun ada jg?
berebut remote control utk tonton channel masing2. siap sampai terbunuh pl.

softbullet said...

ajal maut dah sampai..innalillah..moga kite lebih bsikap rasional dalam stiap pertelingkahan.

wan syamilah said...

itula..nk acah2 pun jgn benda yg bahaya....walaupun tk de niat nk buat betul2..tp tak siapa tahu apa yg akan terjadi...kan tk pasal2 terjatuh dn blh bawa maut...

New Entry "Naik Motor Tak Pakai Baju… ^_^"

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics