Saturday, October 23, 2010

Balqis Azman Pelajar Kolej Masterskill Hilang

Balqis Azman, 18 tahun pelajar kolej Kejururawatan Masterskill hilang selepas tamat latihan St John di Taiping selama 2 minggu, dan latihan tu telah tamat pada 30hb September. Ibu Balqis hanya sedar tentang kehilangan anaknya tu  setelah pergi ke kolej itu pada 4 Oktober lalu dan pihak kolej memberitahu, semua pelajar telah pulang sejak 30hb September lalu.

Balqis tinggal di sebuah rumah yang disewa kolej berkenaan di Kampung Boyan, Taiping, bersama-sama 15 pelajar lain.
Menurut ibunya, Balqis merupakan anak sulung daripada empat adik beradik dan mengikuti pengajian kejururawatan di kolej berkenaan sejak April lalu.


"Saya beberapa kali menghubungi telefon bimbitnya tetapi tidak berjaya. Berikutan itu, saya membuat laporan kehilangan anak saya di Balai Polis di sini pada 4 Oktober lalu, pukul 2 petang," katanya.
Sementara itu, Ketua Urus Setia Pusat Khidmat dan Aduan BN Perak (Kawasan Ipoh Barat), Mohd. Rawi Abdullah berkata, pihak kolej perlu meningkatkan kawalan di kawasan asrama, rumah flat dan rumah sewa bagi mengelak orang luar masuk secara bebas tanpa kawalan.
Tambahnya, sesiapa yang pernah melihat atau mempunyai maklumat tentang remaja itu supaya menghubungi keluarganya di talian 014-2527050.

sumber: Utusan Malaysia


p/s :Lama jugak tu kes hilang Balqis ni , sejak 30hb September, 4 Okt baru sedar..emmm pihak kolej tak tahu menahu ke pelajar depa  hilang cukup korum ke tak cukup korum ke...pelik2

8 comments:

PYB said...

setiap hari ada je kes org hilang

Ellen said...

Inilah kecuaian yang dilakukan oleh pihak pengurusan itu sendiri. Dikawasan perumahan Ellen tinggal ini juga adalah merupakan kolej penginapan pelajar Masterskill di Kota Kinabalu, Mereka tinggal dengan orang awam, maksud di Apartment ni bukan mereka saja yang tinggal tetapi juga orang awam so sukar untuk mengawal pelajar mereka untuk pergi ke mana saja atau membuat apa saja. Sepatutnya mereka menyewa satu blok dan memperketatkan kawalan keselamatan. hmm, macam2 sekarangkan sis.

ardinihumaira said...

ramai betul orang hilang. musim kot kan... huhu semoga beliau segera ditemui, amin

wan syamilah said...

kesiannya..semoga balqis azman selamat pulang ke pangkuan keluarga...

New Entry "Naik Motor Tak Pakai Baju… ^_^"

munna said...

macam2 hal sekarang ni... kawan2 dia pun buat tak kisah je ke?

nuriz said...

kolej swasta ni tak mcm gov..kalau gov depa jaga keselamatan student lebih sikit kan

Cikbelog said...

haishh macam musim orang hilang je sekarang nie.

Hloveme said...

skang nie blk2 kes orang ilang...
kes kat msia nie b'musim btol la..

ada musim kes buang anak..
ada kes org kena bunuh..
isk3 apa nak jd la..

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics