Saturday, October 23, 2010

Siti Sakinah Ismail, Bakal Pengantin Hilang

UPDATE : Tunang Sakinah Sanggup Tunggu(klik)

Siti Sakinah Ismail ,25 tahun hilang selepas keluar hendak ke tempat kerja di Jalan Pegawai, Alor Setar pada Sabtu lalu. Ibu mangsa percaya ada orang jahat yang culik anaknya. Baru je reda kes bakal pengantin Rozaliya hilang mai pulak kes pengantin hilang di Kedah. Musim orang hilang ka ni?

Tunang Sakinah, Helmi

Siti Sakinah yang dijangka akan melangsungkan perkahwinan dengan seorang pemuda dari Kuala Sanglang, Perlis, pada 20 November.
Siti Sakinah disedari hilang selepas pengurus tempat kerjanya menelefon ibunya pada jam 9.30 pagi bertanya mengapa dia tidak hadir ke pejabat.

Kehilangan Siti Sakinah membingungkan keluarganya kerana kereta Perodua Viva yang dipandunya turut tidak dapat dikesan.


Sebaik menyedari kehilangannya beberapa ahli keluarga mencarinya di sekitar Alor Setar sebelum membuat laporan polis di balai polis Pokok Sena.
“Saya tak percaya anak melarikan diri. Ini mesti perbuatan pihak tertentu yang tidak senang apabila mengetahui dia hendak berkahwin. Saya juga tidak percaya dia berada di negara jiran (Selatan Thailand) kerana dia tidak mempunyai dokumen perjalanan ke luar,” katanya.

Zaiton berkata, sekiranya Siti Sakinah tidak ditemui, majlis kenduri akan tetap diadakan pada 20 November ini kerana kad sudah diedarkan.

“Saya berharap Siti Sakinah akan pulang menjelang hari perkahwinannya kerana semua persiapan sudah dibuat,” katanya.


sumber : Berita Harian

9 comments:

farysa said...

asal semua pngantin nk hilang ni?

tiefazatie said...

isk2..macam2 hal nie..

ardinihumaira said...

ramai orang hilang skang ni.. hu risau lak

suzzsuzie said...

ala...berjangkit la tu..selalu kalau sorang dah keluar paper adalah org lain tiru...harap tak kena culik sudah...doakan yg terbaik..skg memng ramai orang hilang

Nasir said...

lorrr..nak kawin ..pasaipa lari plak..kt luaq noo..byk xdak duit nak kawin..hehe....sian depa,,jgn la dok lari2 nie nooo

nuriz said...

nasir..amboi cakap kedah noooo hehe

UNICHI YJ said...

uwaaaaa~~ makin rmai org ilang.dah jd trend le plak! iskkk2

Solihin Zubir said...

balai polis pokok sena? lorh.. umah sy kt pokok sena tu la..
tiap2 ari lalu depan balai tu.. huhu..
jalan pegawai tu plak kt ngan skolah menengah sy dlu.. sy penah dok umh sewa area tu.. huhu...
adeyhh.. musim org ilang ka lani.. takot ngat aih..

nuriz said...

oo solihin org pokok sena ka, buleh la pi tolong cari sat hehe

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics