Friday, October 15, 2010

Dua Pekerja K Patmanaban dihukum Penjara 7 Tahun

Hari ini dalam berita Utusan melaporkan dua pekerja ladang Gadong juga pekerja kepada peguam Patmanaban dijatuhkan hukuman penjara 7 tahun kerana menghapuskan mayat jutawan Datuk Sosilawati.
Dalam berita yang lalu saya ada terbaca tentang luahan hati anak Sosilawati, Erni Dekretawati yang mahu pembunuh ibunya diberi hukuman setimpal.  Semoga pembunuh Datuk Sosilawati dihukum dengan setimpal perbuatannya.


berita lanjut:




Dua pekerja ladang, U. Suresh dan K. Sarawanan dihukum penjara 7 (tujuh tahun) selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Telok Datok di sini hari ini atas tuduhan menghapuskan mayat jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya; pemandunya, Kamaruddin Shamsudin; pegawai Bank CIMB, Noorhisham Mohammad; dan peguam Ahmad Kamil Abd. Karim dengan cara membakar mayat-mayat bagi mengelakkan tertuduh-tertuduh yang didakwa membunuh semua mangsa dikenakan tindakan undang-undang.


Sumber– Utusan

2 comments:

Zasillah Ariffin said...

aikkk??...penjara 7 tahun sahaja??

nuriz said...

depa bersubahat dan ikut arahan ketua depa tu...nak tunggu hukuman kat ketua pulak ni huhuhu

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics