Friday, October 15, 2010

Video A.Aida Saman Ameng

 Pelakon dan penerbit A.Aida nak saman Ameng, bekas suaminya kerana membuat tuduhan yang dia dan bekas suaminya ada komplot menjatuhkan Ameng dengan memasukkan dadah ke dalam badan Ameng.

A.Aida ada membuat laporan polis tentang SMS ugutan dari Ameng.

Berita dan video dari Harian Metro:


"Saya terpaksa membuat laporan polis kerana dia berterusan menghantar SMS mengganggu saya, malah suami saya yang menghubunginya meminta menghentikan perbuatan itu turut dimaki-hamun.

“Saya ada saksi bagi membuktikan SMS itu, malah maki-hamun serta ugutan terhadap suami saya direkodkan kerana ketika menghubunginya, suami saya menggunakan telefon pejabat,” katanya pada sidang media di sini, semalam. Hadir sama, peguamnya, Zulkifli Yong Azmi.

Aida berkata, dakwaan Ameng kononnya wujud konspirasi menjatuhkannya hanya sekadar meraih simpati.

“Siapa kami untuk masuk campur proses siasatan polis, malah saya yakin polis menjalankan siasatan secara profesional terhadap Ameng.




Aida berkata, Ameng juga berbohong ketika meminta mahkamah mengurangkan wang jaminan daripada RM5,000 kepada RM3,000 kerana mahu membayar nafkah anak di bawah jagaan saya.

“Selepas bercerai satu sen pun dia tidak pernah berikan. Saya terpaksa bekerja keras demi membesarkan anak. Memang pada mulanya saya tak peduli sangat kerana tahu dia tidak ada duit, tetapi sekarang saya sudah tidak dapat bersabar,” katanya.

Sehubungan itu, Aida berkata, dia akan mengemukakan saman malu, tuntutan nafkah dan tunggakan nafkah anak-anak daripada bekas suaminya itu.

“Selepas kami bercerai, saya fikir yang sudah itu, biarlah sudah tetapi dia tidak habis-habis mengaitkan keluarga dan mencemar nama saya. Saya terpaksa lakukan sesuatu untuk menegakkan kebenaran,” katanya.

Selasa, lalu Ameng memberitahu Mahkamah Majistret, Aida dan suaminya, Asisten Superintendan Suffian Sulaiman melakukan konspirasi hingga menyebabkan dia ditahan polis kerana mengambil dadah pada April lalu.

Katanya, mereka berbuat demikian kerana mahu melihat menderita sekali gus merosakkan nama dan kerjayanya sebagai penyanyi.

Ameng dan Aida berkahwin pada 1995 serta dikurniakan dua anak, Wan Alissa dan Wan Natasha. Pasangan itu bercerai pada 2002.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics