Lagi kes ahli perniagaan yang hilang setahun lalu iaitu S Anpalagan. Isteri S Anpalagan menceritakan yang suaminya hilang 4 Ogos tahun lalu semasa berjumpa rakannya di lokasi Banting Selangor.
Pada hari sama kehilangan suami, saya cuba menelefonnya namun gagal dan hanya dapat menjejaki lokasi kereta suami melalui sistem GPS yang dipasang pada kereta model Mercedes Benz milik suami.
“Kereta dijumpai di Nur Lembah Pangsun Eko Resort, Hulu Langat itu kosong dan suami saya juga tidak mendaftar masuk ke pusat peranginan berkenaan,” katanya pada sidang media di Pejabat Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam, di sini, semalam.
Bimbang dengan keselamatan suaminya, Jayanthi membuat laporan polis di Balai Bolis Bukit Sentosa, Rawang.
Dakwaan segelintir kenalannya yang mengaitkan kehilangan suaminya dengan suspek utama pembunuhan kejam itu semakin diyakini berikutan suaminya berasal dari Teluk Bunut, Banting.
“Saya tak kenal suspek tapi menurut beberapa kenalan, suami saya berkawan dengannya sejak zaman sekolah dan beberapa kali pernah dilihat berjumpa dengannya.
“Cara kehilangan suami saya yang mirip dengan semua mangsa pembunuhan itu juga menguatkan lagi sebab munasabah dia hilang,” katanya.
Menurutnya, Anpalagan mempunyai empat hektar tanah di Banting, 174 hektar ladang kelapa sawit di Rawang dan beberapa hektar tanah lagi di sekitar Ipoh, Perak dan Sungai Petani, Kedah selain sebuah syarikat kewangan dan penternakan.
“Selepas kehilangannya, saya ditipu pula oleh seorang pekerja syarikat suami saya yang memberi beberapa dokumen dipercayai dokumen tukar hak milik syarikat.
“Saya tak tahu isi kandungan dokumen itu sebab tak tahu membaca tapi selepas diyakinkan olehnya dokumen itu untuk kebaikan syarikat, saya tandatangan saja.
“Ketika dia datang menemui saya, tiada peguam bersamanya dan dia hanya memberitahu peguam yang bertanggungjawab mewakilkan dirinya untuk berjumpa saya,” katanya.
Sementara itu, Manikavasagam berkata, pihaknya dan Jayanthi akan menghantar memorandum ke Bukit Aman bagi mereka melakukan siasatan lanjut.
“Tujuan saya hanya untuk menolong keluarga Jayanthi supaya dia mendapat semula haknya yang kini dilarang mendekati pejabat suaminya.
“Saya juga berharap polis akan menyiasat siapa peguam yang menyiapkan dokumen itu dan lihat jika ia suspek utama atau tidak, selain melakukan serbuan ke dalam pejabat itu jika perlu
10 comments:
sedikit demi sedikit terungkai kn..semoga kes ini cpt diselesaikan..
semuanya ada kaitan ngan banting...lepas ni klu ada org hilang kena cari kat banting dulu
dia ni rupenye perosak negara... hrumm
tak suka orang jahat~
macam macam hal timbul selepas ni kan..semoga pihak berkuasa berjaya mendapatkan bukti2 kukuh...adoii apa nak jadi la sis..
ladang gadong tu dah mcm digelar org, ladang maut, ladang berantu
banyak tol kes peguam ni..
Saya tak sabar menanti mereka yang bersalah dihadapkan di mahkamah~
licik betul peguam tu
hrp2 dia tak terlepas
uihhh...jahatnyer orang nie kan...geram betul
Post a Comment