Zulkifli Bujang penyampai berita Bernama TV menafikan dia kekasih kepada Erni Dekretawati anak sulung kepada Datuk Sosilawati. Zulkifli menjawab kepada media tentang gossip dia ialah kekasih kepada Erni, dia cuma berkawan baik dengan Rita (panggilan kepada Erni Dekretawati). Zulkifli mengenali keluarga Datuk Sosilawati sudah agak lama dan memang rapat dengan anak-anak Datuk Sosilawati.
Zulkifli Bujang ni dulu semasa remaja selalu jadi host kat RTM sekarang dah jadi staf dan penyampai berita Bernama TV ye. Lihat gambar kalau tak berapa kenal..
Berita lanjut
“Itu tidak benar sama sekali. Saya dan Rita (Erni Dekritawati Yuliana) hanya kawan sahaja, lagipun saya memang sudah lama mengenali dengan keluarga Datuk (Sosilawati).
“Saya terkejut apabila ada laporan katakan saya mempunyai hubungan dengan Rita.
“Apa-apa pun saya cuma berkawan sahaja dengan Rita, anda boleh bertanyakan hal ini kepada Rita jika tidak percaya,” kata beliau kepada The Malaysian Insider ketika ditemui di rumah Sosilawati di Taman Harmonis di sini.
Sementara itu, menurut sumber terdekat keluarga Sosilawati, Zulkifli merupakan kenalan rapat dengan usahawan kosmetik itu dan agak mustahil jika dia menjalinkan hubungan cinta dengan Rita.
“Tidak mungkin, apa yang saya tahu Zul sudah lama mengenali keluarga Datuk dan dia juga rapat dengan anak-anak Datuk.
“Lagipun mereka memang mesra sejak kecil lagi dan banyak memberikan sokongan kepada anak-anak Datuk sejak dari hari pertama lagi,” katanya.
The Malaysian Insider difahamkan Zulkifli sering dilihat berada di rumah agam milik Sosilawati.
Selain itu, Zulkifli turut menemani Rita ke pejabat syarikat jutawan kosmetik itu di Jalan Raja Bot di ibu negara.
Sumber:
themalaysianinsider.com
Berita dari Metro pulak :
Hubungan Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 25, anak kepada jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dengan penyampai berita Bernama TV, Zulkifli Bujang, 32, dilihat ramai bagai merpati dua sejoli, seolah-olah menggambarkan dua insan yang hangat bercinta.
Malah, Rita juga sering dilihat bersama Zul iaitu ketika ke pejabat Nouvelles Visages (NV) di Kampung Baru serta kediamannya di Taman Harmonis, Gombak.
Namun, seolah-olah sepakat, kedua-duanya mendakwa hubungan mereka tidak lebih sebagai kawan.
Menurut Rita, dia mengenali Zul sejak lebih 10 tahun lalu kerana pemuda itu pernah bekerja dengan ibunya sebagai pegawai perhubungan awam.
“Zul pernah bekerja dengan emak Rita. Rita kenal dia ketika masih bersekolah lagi. Rita memang rapat dengan kakitangan emak. Kebetulan apabila kejadian ini berlaku (kes pembunuhan itu), Zul datang menziarah,” katanya.
Tidak menafikan mereka sering berhubung sebagai rakan, Rita menegaskan, mereka sememangnya tiada hubungan istimewa seperti disangkakan.
Anak sulung pengasas empayar kecantikan NV itu berkata, tiada apa yang perlu diperbesarkan kerana Zul rapat dengan ibunya, malah baik dengan semua ahli keluarganya.
“Saya tak mahu gosip itu mengganggu hubungan kami. Nanti jadi tak seronok kerana kami cuma kawan. Saya berterima kasih kepada Zul kerana banyak membantu,” katanya yang kini mengambil alih tanggungjawab menguruskan empayar perniagaan ibunya.
Ditanya sama ada dia sudah berpunya, sambil ketawa Rita berkata: “Saya masih single.” Sementara itu, Zul ketika diminta memberi reaksi mengenai hubungan mesranya dengan Rita berkata, perkara itu hanya andaian orang.
Menjawab sama ada dia ‘panas telinga’ mendengar gosip hubungannya dengan Rita, Zul berkata, setakat ini dia tidak mendengar cerita itu di telinga sendiri dan tahu apa yang dia lakukan.
“Saya sudah berbincang dengan Rita, soal jodoh, hidup dan mati itu ketentuan Allah. Kalau kami ada jodoh, insya-Allah. Kalau kami belum masih ada jodoh hendak buat macam mana. Kami memang rapat, jadi diharap jangan ada spekulasi yang bukan-bukan,” katanya.
Menurutnya, apa dilakukannya selama ini ikhlas iaitu atas dasar kawan.
“Saya sentiasa bersama Datuk Sosilawati selama ini dalam memberi khidmat nasihat daripada segi media dan promosi syarikat. Dia menjadikan saya sebagai konsultan NV sejak lebih 10 tahun lalu.
“Jadi saya memang rapat dengan keluarganya, termasuk semua adik-beradik Rita,” katanya yang berkhidmat dengan Sosilawati sejak 1997.
p/s berkawan kawan le dulu pe salahnye :) sama sama bujang
0 comments:
Post a Comment