Friday, October 15, 2010

Video You Tube Penyokong Kelantan Mati Sesak Nafas, Gambar Penyokong Kelantan Mati

Ada beberapa gambar dan video you tube penyokong Kelantan mati sesak nafas dan beberapa orang cedera parah dalam perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia antara Selangor dan Kelantan beberapa hari lalu.
Perlawanan dan sukan sepatutnya ada semangat kesukanan bukan pergaduhan dan rusuhan, tapi tu le yang terjadi, rusuhan dan kematian. Sedihnya sedih rakyat Malaysiaku....

Berita lanjut:




Seorang penyokong pasukan Kelantan mati dipercayai akibat sesak nafas ketika bersesak keluar daripada Stadium Shah Alam selepas tamat perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia antara Selangor dan
Kelantan.


Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Noor Azam Jamaluddin berkata, lelaki yang dipercayai berumur 39 tahun itu telah dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Rahimah, Klang untuk pemeriksaan lanjut.
“Menurut rakannya, si mati pada mulanya mengalami sesak nafas ketika perlawanan berlangsung, namun, ketika ditanya sama Ada okay atau tidak, dia kata okay.

“Namun keadaan mangsa semakin teruk ketika mahu keluar dari stadium selepas tamat perlawanan sebelum meninggal dunia,” katanya hari ini.

Ketika itu, berlaku sedikit kekecohan di luar stadium sejurus tamat perlawanan selepas penyokong kedua-dua pasukan melakukan provokasi terhadap lawan masing-masing, namun berjaya disuraikan oleh Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).

Pada perlawanan suku akhir pertama itu, tuan rumah terikat tanpa jaringan dengan Kelantan, dan perlawanan suku akhir kedua akan berlangsung di Stadium Sultan Muhammad ke 1V di Kota Bharu, Sabtu ini.
 Keputusan seri 0-0

sumber -Bernama

Gambar

Salah seorang penyokong cedera di kepala










VIDEO you tube Penyokong Kelantan di Perlawanan Suku Akhir Piala Malaysia antara Kelantan- Selangor


3 comments:

Belalang hijau Perisik said...

diorang nih mengalahkan peminat fanatik man u lagi...

fantik man u pun kalah x gaduh mcm nih...huhuhu

Muhammad Izuan said...

bila klntn akn brhnti tnjk smseng

Solihin Zubir said...

mengalahkan hooligan kt luar negara je pon.. haish! camne la bola sepak malaysia nk maju kalau penyokong pon masih lom maju dari segi sikap...

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics