Friday, October 15, 2010

Terkini Dalam Belanjawan/ Bajet 2011 Skim Pencen Pekerja Swasta 2011

Update :Pengecualian cukai dan duti import

Skim Pencen Pekerja Swasta 2011

Gaji Minimum Pengawal Keselamatan, Imbuhan Guru KAFA, Elaun Imam




Bantuan cukai pendapatan sehingga RM6k untuk pekerja-pekerja caruman-caruman KWSP akan diperluaskan kepada caruman Private Pension Fund/ Skim Pencen Pekerja Swasta.

Kira-kira 11 juta individu pekerja swasta dan persendirian dijangka menikmati skim pencen mulai pertengahan tahun depan bagi membolehkan mereka mempunyai saraan hari tua.

 Berita Harian :


Menteri Sumber Manusia berkata, “Kajian mendapati jangka hayat rakyat Malaysia kini semakin meningkat, sehingga menyebabkan ramai warga tua yang memasuki kategori miskin tegar selepas menghabiskan wang simpanan tua mereka dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Malah, ada banyak kes ibu bapa tidak mendapat pembelaan sewajarnya daripada anak mereka kerana keadaan sosioekonomi yang sudah berubah dan terpaksa mencari perlindungan di rumah orang tua.

“Golongan miskin ini memerlukan jaringan keselamatan sosial mirip kepada skim pencen sektor awam. Jadi, kerajaan memutuskan sudah tiba masanya pekerja swasta dan persendirian turut mempunyai skim pencen apabila bersara,” katanya pada sidang media selepas merasmikan majlis penyampaian sijil program latihan kemahiran anjuran Wanita MIC di sini, semalam.

Subramaniam berkata, caruman KWSP sebahagian besar pekerja biasa atau berpendapatan sederhana tidak mencukupi untuk menampung kehidupan mereka selepas bersara.
“Bagaimanapun, untuk melaksanakan skim pencen swasta itu kita perlu meminda akta berkaitan dan kaji kadar sumbangan Perkeso yang setimpal bagi membolehkan penerimaan pencen munasabah mengikut keperluan semasa. Saya jangka satu kerangka asas dapat disiapkan pada pertengahan tahun depan untuk pertimbangan kerajaan.

“Selain itu, kementerian saya juga sedang menyelaras skim bantuan khusus bagi mereka yang diberhentikan kerja,” katanya.

Antara yang menarik :

Gaji MINIMUM bagi Pengawal Keselamatan 
Kerajaan akan kuatkuasakan gaji minimum asas untuk pengawal-pengawal keselamatan, dibayar antara RM500 dan RM700 satu bulan bergantung di lokasi.

Cuti Bersalin Berbayar hingga 90 hari
Kerajaan akan membenarkan kelonggaran untuk pekerja menentukan cuti bersalin dibayar sepenuhnya, tidak melebihi 90 hari dari semasa 60 hari.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics