Monday, November 1, 2010

Gambar Banjir di UUM 1 Nov 2010, Paras Air Sungai Badak Naik

Hujan lebat yang turun mencurah curah sejak 2 hari telah menyebabkan banjir teruk di UUM, Sintok. Staf UUM jiran saya jugak tak boleh pergi kerja di UUM kerana jalan dah ditenggelami air. Paras air sungai Badak dah melimpah hingga menutupi jalan lebuh raya UUM- Kuala Perlis. Mungkin para graduan UUM akan mengalami kesulitan nak masuk ke UUM pada sesi petang esok.

Apabila hujan mencurah-curah ni paras air di empangan pun akan melimpah, dan akan empangan Pedu dan Muda di Kedah terpaksa dibuka, banjir paling teruk dulu ialah pada 2005. Rumah saya pun lagi 2 inci nak dimasuki air, tapi nasib baik tak melimpah lagi..huhu!! Kalau tak jenuh nak membasuh segala lumpur lumpur.
Dalam berita bernama tadi pun ada bagitahu paras air di Sungai Golok pun dah naik ke paras bahaya.


Air sungai melimpah ke lebuh raya ke Kuala Perlis









Kelihatan stesen minyak Caltex , jalan menuju Sintok



Kereta terpaksa berpatah balik.

Uum




Lagi Gambar Banjir Teruk di  Komuniti Radio Amatur Changlun.blogspot.com
Lagi gambar banjir di UUM boleh tengok di Zilhan.com 

p/s: Kesian kat graduan graduan UUM yg nak ambil ijazah besok

9 comments:

nuriz said...

testing

Syazwana said...

dulu saye kat matrik changlun kedah penah gak pengalaman banjir sekali..
tahun 2006 kalau x silap..
:)

Jungle Gold said...

Salam Nuriz. Dok Changlun jugak ka? Kita dok belakang pejabat pos. 012-9304717
-CK, biruartik@yahoo.com
http://changlunhamradio.blogspot.com

nuriz said...

CK, hehe saya penh duk sana 3 thn je ..tempat jatuh lagi dikenang

Belalang hijau Perisik said...

musim banjir dah dtg...

Unknown said...

dah masuk bulan 11...musim tengkujuh dah ni. banjir dimana2 berlaku. sediakan perahu tuk berpindah..huhu

Ellen said...

kesian kan sis, bdk2 yang nak g konvo kat UUM, anak buah Ellen salah sorang..hehehe

PCL said...

berhati2 ya sumer yg terlibat area utara khasnya..

Unknown said...

tengah cari sebab air naik..
terjengah kat sini,

bawak link sama,
http://wansiti.blogspot.com/2010/11/jom-jadi-follower-gadis-kampung.html

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics