Monday, November 1, 2010

Wartawan Majalah 3 Merasa Gegaran dan Pengalaman Gunung Merapi Meletus

 Entri : Gambar Terkini Gunung Merapi
Entri Lagu Latar Majalah Tiga episod Merapi Berapi

Hari ni Gunung Merapi masih lagi meletus dan pengalaman dan  ketakutan dirasakan oleh kru kru pengambaran Majalah Tiga yang berada tak jauh dari situ. Tak lama lagi penonton akan saksikan liputan eksklusif dari Majalah Tiga tentang kejadian letusan gunung Merapi dan kesengsaraan yang dihadapi di sana.
Yogyakarta kini dihujani abu dan debu yang masih lagi ada. Tentu mengambil jangka masa lama untuk pulih. Dasyatnya bencana ni..



Berita penuh:

Sekumpulan wartawan-wartawan TV3 yang berada tidak jauh dari puncak Gunung Merapi terkejut dan ketakutan apabila gunung berapi meletup pagi tadi.


Mereka berjaya memecut kereta menuruni bukit dan mencari tempat perlindungan di pusat pemindahan  Kepuhajo.
 
Pengalaman yang menakutkan itu seolah-olah mereka telah dikejar oleh 100 ekor harimau yang lapar. Mereka sempat merakamkan gambar-gambar bangkai lembu dan kerbau. Seluruh kampung berada dalam kemusnahan tetapi nasib baik dan selamat.

"Seorang pemberita TV3, Nurul Fariha, hanya boleh berteriak 'Cepat! Cepat Pak!' kata pemandu kereta, Edi Nasroni.
Edi memberitau, para wartawan TV3 berada di kawasan yang tak dibenarkan oleh pihak berkuasa kerana mereka mahu mendapatkan shot yang tebaik untuk 'Majalah Tiga'. 

Seorang pegawai di pusat penyelidikan gunung berapi di Yogyakarta, tengah Jawa, Azis berkata, kira-kira pukul 3 petang (2 petang waktu Malaysia), 'debu panas yang membentuk awan dihamburkan dari Gunung Merapi.

Seorang lagi pegawai yang ditempatkan di pusat sementara yang terletak tujuh kilometer dari kawasan Gunung Merapi, Triyono memberitahu, gunung berapi itu menghamburkan debu panas sebanyak tiga kali.
"Awan panas yang terbentuk mengalir sejauh 3.5 kilometer ke bawah cerun gunung berapi," katanya.
Berpuluh-puluh penduduk yang ketakutan melarikan diri di kampung Umbulharjo, 12 kilometer dari kawasan yang gunung berapi menggunakan motosikal dan kenderaan, menurut koresponden AFP.

Sementara itu, petugas penyelamat Indonesia memeriksa kawasan perkampungan di cerun Gunung Merapi bagi memaksa penduduk yang masih berdegil meninggalkan kawasan tersebut, ketika angka kematian akibat letusan gunung itu meningkat kepada 38 orang, lapor pegawai hari ini.

Pasukan penyelamat terdiri daripada tentera, polis dan sukarelawan dilapor berusaha mencari lebih ramai penduduk di empat buah kampung di cerun bahagian selatan gunung tersebut, iaitu lokasi paling bahaya.
Agensi berita Antara memetik seorang ketua kampung, Bejo sebagai berkata, penduduk di empat kampung tersebut akan dipindahkan segera ke lokasi yang lebih selamat.

Debu gunung berapi menyelubungi sebahagian besar bandar raya Yogyakarta di Jawa Tengah, memaksa penutupan lapangan terbang yang terletak kira-kira 30 kilometer dari Gunung Merapi.
Gunung Merapi dengan ketinggian 2,968 meter, terletak kira-kira 500 kilometer di tenggara Jakarta.

Sumber: Bernama dan Utusan

Kru Majalah Tiga sanggup menggadai nyawa nak membuat liputan Majalah 3, diharapkan mereka selamat di sana.

 UPDATE:
Video You Tube Majalah Tiga Merapi Berapi

1 comments:

Zasillah Ariffin said...

haaaa...baru boleh komen...ngeh3!!!
boleh tengok majalah 3 nanti nie

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics