Wednesday, November 10, 2010

Ijazah Palsu Dr Fazley dan Surat Perletakan Jawatan Dr Fazley

Entri berkaitan : Fazley Tak Guna Gelaran Dr dah Cerita European Business School Irish

 Berita dari Kosmo yang agak mengejutkan ni, Dr Fazley dituduh miliki ijazah palsu, ekoran dari kontroversi itu, Dr Fazley telah menghantar surat perletakan jawatan kepada University of Wales.

 Fazley Yaacob

Tungu je siasatan, sama ada benar atau tak dakwaan tu..kalau benar..malu wehhh

Berita penuh :



 University of Wales di United Kingdom (UK) menggantung hubungannya dengan Kolej Antarabangsa Fazley (FIC) milik penyanyi Malaysia, Fazley Yaakob sehingga satu siasatan dilakukan.


Menurut satu laporan Perbadanan Penyiaran British (BBC), tindakan itu dilakukan ekoran kontroversi berkaitan dengan kelayakan akademik penyanyi tersebut yang dikatakan memiliki ijazah doktor falsafah (Ph.D) dan sarjana palsu dalam bidang pentadbiran perniagaan.

BBC dalam program Week In Week Out: University Challenged mendakwa Fazley memiliki Ph.D palsu dan kini mengendalikan kolej yang menawarkan kursus sarjana muda dari University of Wales.
Dalam program itu, Fazley dituduh memiliki kelulusan itu dari sebuah universiti palsu.

 Surat perletakan jawatan Dr Fazley

The University of Wales has received a statement from the executive director of Fazley College saying he has tendered his resignation.

The University suspended its relationship with Fazley College last week after receiving a letter from Fazley Makoob saying that there was a dispute about his own academic qualifications.


Although the former director does not teach on courses validated by the University, it was felt that no new admissions should be made until the matter had been investigated.


In the resignation letter, Fazley Makoob says:


“My role in Fazley International College is one of an investor. Though I hold a Director’s position, I have never been a part of the academic team nor have I sat at any of the Academic Meetings, as such you can be assured that at no stage was the Academic Standards or the reputation of the University put at a compromise. To be honest I have only sat in at management meetings.


“ Upon further reflection, I consider that to continue as a Director could be damaging to the College, its student community and the dedicated staff who have worked hard to uphold the academic standards and integrity.


“It is quite clear that this continuing public controversy will undermine the reputation and the good relations between the College and the University, which I cannot in any circumstances, allow. Therefore, I have decided to tender my resignation as the Executive Director of the College.


“It is my intention to keep fighting to clear my name and restore public confidence of my reputation.


“I sincerely apologise for having caused the University and its officials embarrassment. I do hope that the matter will be laid to rest and that the link between the University and FIC can be restored.” 



Berita Kosmo 11 Nov

Fazley Yaakob bertindak melepaskan jawatannya sebagai Pengarah Eksekutif di Kolej Antarabangsa Fazley (FIC) kelmarin ekoran kontroversi berkaitan kelayakan akademiknya yang dipertikaikan.

Menurut Fazley, peletakan jawatan yang berkuat kuasa kelmarin itu dibuat sebagai langkah untuk memelihara dan menjaga reputasi FIC yang ketika ini sedang mengukuhkan nama di kalangan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di negara ini.

“Selain atas kerelaan diri, pengunduran daripada pentadbiran FIC juga merupakan atas nasihat dan perbincangan yang diadakan bersama lembaga pengarah FIC serta penasihat undang-undang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Perbadanan Penyiaran British (BBC) dalam program Week In Week Out: University Challenged kelmarin mendakwa Fazley memiliki ijazah doktor falsafah (Ph.D) palsu dan kini mengendalikan kolej yang menawarkan kursus sarjana muda dengan kerjasama University of Wales.
Dalam program itu, Fazley dituduh memiliki kelulusan tersebut dari sebuah universiti palsu iaitu European Business School iaitu sebuah universiti antarabangsa Irish yang didedahkan BBC sebagai palsu pada tahun 2008.

Ekoran laporan program itu, pihak University of Wales di United Kingdom menggantung hubungannya dengan FIC sehingga satu siasatan berhubung status Fazley selesai dijalankan.

11 comments:

Unknown said...

aihh..betul ke ni? macam tak percaya pulak. ni dah dikira berita selebriti paling sensai untuk tahun ni..

Suara Kalbu said...

Biar betikkkkk.... ?

Ish ..ishhh..ish..

Siti Safiyyah said...

katakan itu semua tidak benar dr fazleyyy..........

Artzlizan said...

semoga tak betul...

Unknown said...

kalo betul...mungkin ada ramai yg guna helah yg sama...bahaya tol...

Durrani Zamri said...

huwaaa! tolonggg dr asmara...jgn laaa..
mintak2 berita ni tipu..
dia mesti letak jawatan sebab nak bersihkan nama dia dulu kan.
dia xsalah..haha

Izan Ishak said...

opss...spt tak percaya. kita tunggu jelah siasatan ye~

Muhammad Izuan said...

biar betik... tp dia nih mmg bijak...

Anonymous said...

lawak giler. tapi kan, kalau betul cerita nih-kalau dah keluar paper, mesti la betul kan, teruk giler.

kontroversi nih, aku jamin keluar kat melodi minggu nih

mohamed hatta said...

adakah ini satu konpirasi???

Safinaz Hanum Ahmad Anuar said...

tgu hasil siasatan

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics