Monday, November 8, 2010

Lirik Lagu Puing Cinta -XPDC, Muat turun Mp3

Lagu dari XPDC yang selalu berkumandang di TV3, sebagai lagu latar dalam iklan promo rancangan TV3, macam ni le..guna muzik tempatan sebagai muzik latar, secara tak langsung boleh jugak promo lagu rock tempatan..rock kapak..hehe!! Buat peminat rock kapak, ni lirik lagu Puing Cinta dari XPDC. Apa  maknanya puing ni? puing ni maknanya runtuh kalau tak salah saya..
Lagu ni dah keluar pada tahun 2009, tapi sejak dua menjak ni semakin popular, dan selalu dengar kat radio.




Lirik lagu Puing Cinta
Di alam cinta
Rindu mengejar masa
Pilu kan terasa
Menikam-nikam jiwa..
Di dalam cinta..
Cemburu kan bertakhta
Menguji-uji kita..menguji segala..
Kini aku terapung
Bagai lelayang..
Bertalikan rindu..kurun berpuluh..

Janji dulu dilafaz
Masih lekat tersimpan
Di dalam rongga nafas
Untuk di telan senang..
Engkau dan aku..
Dibuai asyik merindu

Dan kini dipertemu..pada janji dulu..
Engkau dan aku..
Singgah di taman kalbu
Nikmati keharuman..di laman keasyikan
Engkaulah kasih..engkau cahaya..
Engkaulah sahaja..engkau segala..
Tiada antara..tiada angkara..

Tiada derhaka..kau meruntun jiwa
Saling mempercaya..bunuh sangsi prasangka
Genggam kasih kita..hingga ke garisnya..

Cinta dan rindu..
Jika dipupus ia
Kita hilang syahdu..bermurung merana..
Cinta punya sakti..
Terapi untuk diri
Doa jadi teman..akan tenang nafasan..

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics