Monday, November 8, 2010

Slot Akasia Seribu Kali Cinta 15, November 2010, Sinopsis Seribu Kali Cinta

Satu lagi drama baru Slot Akasia bertajuk Seribu Kali Cinta akan mula tayang pada 15hb November selepas drama Chinta habis. Dalam drama genre romantik komedi ni membariskan para pelakon seperi Kamal Adli, Norkhiriah, Cat Farish, Intan Ladyana, Abu Bakar Omar, Rozie Othman.
Drama yang ada pelakon Norkhiriah, emm saya minat gak dgn pelakon serba boleh ni, dia boleh bawak watak sedih, watak jahat dan watak komedi, memang serba boleh le Norkhiriah ni kan.





Sinopsis Seribu Kali Cinta
Nizam (Kamal Adli), seorang jejakan yang tidak pernah serius dalam percintaan. Dia mempunyai ramai teman wanita tetapi masih belum dapat menentukan mana satu calon isterinya. Atas desakan orang tua yang mahukan dia berkahwin dengan Huda (Marsha), Nizam telah membawa diri ke Pulau Aman. Di sana, dia telah jatuh hati dengan Miasara (Intan Ladyana) seorang gadis yan peramah dan mesra melayan kanak-kanak.

Nizam diuji dengan pelbagai dugaan kerana Miasara mengalami sindrom Amnesia. Apa yang dilakukan pada hari ini, akan dilupakan pada keesokkan harinya. Justeru, Nizam hanyalah seorang yang tidak dikenali bagi Miasara apabila menjelang pagi esok. Mungkin itu adalah balasan bagi Nizam yang selalu mempermainkan perasaan cinta pada masa lalu.

Nizam bertekad untuk mencintai Miasara dengan sepenuh hati walaupun dia perlu melafazkan seribu kali cinta kepada gadia idamannya. Bagi membantu memulihkan ingatan Miasara, Nizam merakamkan aktiviti bersama Miasara. Miasara terharu dengan kesabaran Nizam namun keadaan Miasara tetap tidak berubah.

Ayah Nizam, Hisyam mendesak Nizam supaya pulang ke Kuala Lumpur bagi menguruskan syarikat. Baginya Nizam masih belum matang dan serius dalam hidup. Ibubapa Miasara juga tidak yakin dengan hubungan Nizam dan Miasara lalu menasihati Nizam supaya melupakan hasratnya untuk berkahwin dengan Miasara. Namun. Nizam tidak sanggup meninggalkan Miasara dan dia yakin dengan naluri hatinya serta menyayangi Miasara.

Apakah Nizam sanggup memikul tanggungjawab sebagai seorang suami yang perlu melayani kerenah isteri yang akan melupakan dirinya setiap pagi?? Setiap hari Nizam perlu mengulangi perbuatannya bagi memenangi hati Miasara. Dia amat mengharapkan dapat melihat senyuman manis dan teguran Miasara pada setiap pagi dan bukannya takut, binggung dan kalam kabut.

7 comments:

Anonymous said...

salam..


tajuk nya dah menggambarkan cete ni best..:)

Abu Uwais said...

boleh la tgk pas2 exam

ardinihumaira said...

alaaa... nak exam ni la banyak cite best. dugaan tol. huu.. babap tv :p

Cik SS said...

mcm filem 50 first date lakonan adam sandler n drew barymore jer hehehe... tp thanks for the sipnosis

Myvitrd said...

Disni saya kongsikan link download drama terbaru ini

http://myvitrd.blogspot.com/2010/11/seribu-kali-cinta-free-download-slot.html

nuriz said...

Banyak lagu sedap dalam drama Seribu Kali Cinta ni, tak pernah dengar lagi rasanya..

Lagu baru nyanyian Zain Ruffegde dengan artis baru, tak berapa kenal..
Antara lirik dalam lagu tu...


Dari senyuman manis menawan itu
aku tertunduk malu tersipu sipu malu
yang ku mahu kamu,
ada di depanku,

Kau sebut namaku aku terpaku,
wajahmu bermain di ingatan selalu
selalu ku terkenangkan mu

Buat ku melayang terbang
buat ku menggapai bintang
bawaku ke sana
semua mula dari kamu

Myvitrd said...

Drama seribu kali cinta dah mula bersiar.. dptkan free download disini : http://myvitrd.blogspot.com/2010/11/seribu-kali-cinta-free-download-slot.html

Episode 1 boleh download ramai2 sekarang..

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics