Tuesday, March 16, 2010

Blog Marathon Dan Trafik Ke Blog Saya

Setelah saya buang tebiat buat marathon pada hari Ahad yang indah permai iaitu 14hb Mac..baru le saya berkesempatan nak check trafik saya. Saya check kat nuffnang je le. Sebenarnya jarang saya check trafik dan lama jugak tak tgk pe jadi dgn trafik saya. Semalam bila tgk balik masih menten ayu gitu..hehehe!
 Nak mementenkan ayu trafik tu serta nak mematopkan lagi..saya pun masih berusaha ke arah tu jugak skrg. huhu..

                      Trafik Harian- 14mac di hujung tu (tak hebat mana pun tapi nak tunjuk gak huhu)
                 sebab korang suka tajuk trafik so saya tulis le pasal trafik hehe..



 Trafik Bulanan -yang dikatakan maintain ayu..huhu (ayu ke?)
setakat bulan Mac ni dulu..
                                      


Trafik yang datang ke blog saya kebanyakan dari para blogger yang buat kunjungan dari shoutbox yang terjeling, tertengok, terpandang nick name saya di chtbox, tu maka korang dengan murah hati datang le pulak ke blog saya hehe..terima kasih le pada korang semua. Jasamu tetap ku kenang. Trafik lainnye kunjungan dari luar ada le sikit yang sesat ke barat ke timur ke selatan tu.



Para blogger yang dah lama dan otai ada sebut..kalau nak dapat trafik kena bereksperimen dengan entri-entri dan dari situ kita akan tahu entri yang disukai ramai. Yang pedas yang hot dan yang disukai ramai..saya tahu..pasal nuffnang pasal duit...semua orang sgt suker..heheh

Kalau tulis tentang trafik mest trafik akan datang...hahaha!! Korang sgt suker trafik ye. saya pun sangat suker trafik. Macam orang yang datang ke kedai, blog seolah-olah macam kedai kita, lagi banyak mari lagi bagus.

Blogger yang dah lama atau otai ada sebut..jenis-jenis trafik ke blog ni ada beberapa jenis:
1. Trafik yang direct terus ke blog kita disebut Direct Traffic. Biasanya blog ni ialah blog yang sudah glemer dan dikenali ramai..sudah meletop2, meraka ni tak susah payah dah buat blogwalking. Nama blog pun sudah diingat di kepala para pelawat dia dan di bookmark terus. (bila le nak dapat camni ye huhu)



2.Trafik yang datang website, blog orang lain, iaitu yang klik url link blog kita, yang ni dipanggil referring sites traffic, contohnya link di shoutbox , link dalam komen blog yang kita komen tu, dan link dari forum2 yang kita sertai dan kita letak signature link blog kita.

Selalunya trafik ke blog yang bergantung dari sumber blogwalking ni, kadang-kadang turun dan naik bergantung kepada kerajinan kita pergi ke menziarah blog orang lain. Jadi kalau nak trafik datang tanpa blogwalking kena le cari trafik macam yang jenis 1 dan ketiga ni.

3.Trafik yang ketiga ialah yang datang dari keyword-keyword yang panas yang hot yang paling dicari. Saya pernah terbaca jugak, bagi newbie-newbie yang nak meningkatkan trafik ke blog dengan bermain dengan kata kunci atau keyword yang sudah lama orang pakai..ermm lupakan je la. Memang tak akan membantu. Sebabnya keyword tu sudah ditarik oleh blog yang sudah glemer dan mempunyai trafik yang tinggi dan berada atas dalam carian pakcik Google..newbie mesrti tercorot di belakang.

Jadi newbie-newbie kena le mencari keyword sendiri yang dipikirkan glemer sekarang yang uptodate  dan disukai ramai.
Ini lah teknik SEO yang orang selalu sebut-sebut tu. Kemudian tulislah blog dengan kreatif. (nasihat utk diri sendiri jugak)


Sekian untuk entri pasal trafik harini :)

8 comments:

Cikgu Dahlia said...

teruskan usaha! hehehe

nuriz said...

cikgu dahlia...dah jd cikgu sy skrg kekekek. byk tip cikgu dahlia bagi

uncle said...

waa itu sudah bagusss..

Unknown said...

wah bagus2...

x-po said...

truskan usaha anda ye..hehe

nuriz said...

tq semua :)

suka_haha said...

wahh tp x nampak nombor tu la hehehe...

nodin said...

rajin2 tulis pasal traffic so dpt byk traffic bijak nuriez ni he he

Visit Mount Kinabalu here

Related Posts with Thumbnails
Web Analytics