Nurhidayu Ahmad Radzuan berumur 21 tahun membuat laporan polis apabila menyedari gambarnya digunakan dalam akaun Facebook untuk menghina dan memburuk-burukkan insritusi diraja Johor.
Nurhidayu kini trauma dan takut dituduh bahawa dialah orang yang menghina diraja Johor. Rakannya memberitahu bahawa gambar dia dalam facebook yang dimuat naik oleh seseorang yang tak bertanggugjawab dan seolah-olah dialah yang mengendalikan akaun Facebook tersebut.
Ni adalah pengajaran buat kita semua. Betapa bahaya kita mendedahkan butiran peribadi dan gambar secara detail di internet, tambah-tambah lagi seperti di web sosial Facebook kemudian gambar tu dimanipulasi atau dipergunakan untuk menganiaya orang sedangkan orang tu tak bersalah.
Kesian kat adik Nurhidayu ni bila ada orang menganiaya dia.
Petikan berita:
“Saya dapat tahu perkara ini apabila seorang rakan memberitahu ada orang menggunakan gambar saya di sebuah akaun Facebook, seolah-olah yang memburuk-burukkan Sultan itu adalah saya.
“Saya tidak tahu motif sebenar individu terbabit, jadi saya membuat keputusan membuat laporan polis bagi menjaga keselamatan diri,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Taman Scientex di sini semalam.
11 comments:
bahaya sungguh facebook skrg nih..
sebab tu saya selalu bagitau adik2 dan kawan2 rapat, setkan privacy profile fb. hanya kawan2 je boleh tengok. huhu
kawan saya kata mangsa ni kenalan dia. memang jahat betul orang2 yang buat macam ni, menggunakan identiti orang lain untuk menabur fitnah dan menyebar provokasi. lagi satu sebab kenapa jangan cepat melatah, takut orang yang kita latahkan tu rupanya difitnah, seperti mangsa dalam kes ni.
dia tu kawan saya..
tak sangka ada org yang busuk hati macam ni..
gila la sape yang buat nih..
BIla fitnah berleluasa kan :(
mcm2 skang neh.. so mmg ptut ati2.. jgn duk expose sgt psl dri @ pic kt mn2 laman sosial @ blog skali pon
erm benar tak benar, itu tuan empunya serta Allah sahaja yang tau.. :)
kesian pulak kat dia...yg penting nak add orang kt fb skg kena hati2...
rasanya pasni every pics kat internet kena letak watermark..harap2 dapat kurangkan risiko diciplak
wah..xpasal2 kena ek...giler...
dengki bebenO...naya ...nasib buat lapOran...xpasal2 nme d buruk2 kan..aish~...minta d jauhkan..
Entri Baru, Jom terjah
takut kerana salah berani kerana benar..biar je polis siasat siapa sebenar org yang buat kerja hina tu.
Post a Comment